Cara Bayar AEON Credit Melalui Maybank2u Semak Baki

AEON merupakan syarikat yang mempunyai pelbagai produk perbankan, seperti kad kredit dan pinjaman peribadi yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah syarikat terbaik di Malaysia, AEON credit telah dapat menyediakan perkhidmatan yang memuaskan dalam bentuk kad kredit dan pinjaman peribadi.

Namun, ramai pengguna kad kredit atau peminjam pinjaman peribadi AEON masih keliru tentang cara bayar AEON Credit, berikut kami kongsikan langkah cara bayar AEON Credit melalui Maybank2u.

Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u

Cara Semak Tunggakan Bayaran AEON Credit

Sebelum membuat pembayaran AEON Credit, kami nasihatkan Anda untuk check tunggakan AEON Credit terlebih dahulu.

Anda boleh gunakan SMS untuk dapatkan maklumat baki tunggakan bayaran AEON Credit Anda.

Kadar dan Caj

Berikut adalah kadar dan caj perkhidmatan SMS AEON.

  • RM01.5 dicaj bagi satu SMS iaitu ia adalah caj biasa
  • Untuk setiap SMS gagal yang diterima korang akan dicaj kadar SMS yang standard.
  • Kadar SMS yang standard adalah berdasarkan kepada khidmat rangkaian.

Sila ikuti langkah dibawah untuk membuat semakan baki AEON Credit.

  1. Buka SMS, lepas tu buat mesej baru.
  2. Taip AEON diikuti dengan 4 digit terakhir No. IC Anda. Hantar ke 63633

Contoh: AEON 6655 hantar ke 63633

Kod AEON Credit yang mesti Anda ketahui.

  • Status Permohonan : AEON CCSTS 1234*
  • Baki Tunggakan : AEON CCBAL 1234*
  • Amaun Bayaran Minima : AEON CCMIN 1234*
  • Limit Yang Ada : AEON CCAVA 1234*
  • Untuk Mengaktifkan kad : AEON CCACT 1234**5678*

1234* = 4 digit terakhir no IC korang
5678** – 4 digi terakhir no kad kredit

Sekiranya Anda ingin check baki pinjaman motosikal, Anda boleh baca cara semak baki pinjaman motosikal AEON Credit.

Cara Bayar AEON Credit Melalui Maybank2u

Langkah yang pertama, anda perlu login akaun Maybank2u dahulu. Sila ikuti step dibawah.

  1. Anda perlu layari maybank2u.com.my
  2. Lalu masukkan Username anda
  3. Seterusnya tekan LoginCara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Online
  4. Lepas tu anda perlu pastikan fasa keselamatan adalah betul, bila dah betul tekan Yes
    Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Online Banking
  5. Lalu anda masukkan Password, lalu tekan Login
    Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Online Banking Portal
  6. Untuk pembayaran anda tekan pada Pay & TransferCara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Online Banking Website
  7. Anda perlu isi semua maklumat bayaran
  8. Pada bahagian Pay To, anda perlu pilih Payee
  9. Lepas tu anda klik pada AEON Credit Service (M) BhdCara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Internet Banking
  10. Seterusnya anda isikan semua maklumat yang diperlukan, Isikan Amount, Credit Card, Contact No, lalu klik pada PayCara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Internet Banking Portal
  11. Seterusnya anda perlu klik pada Request untuk dapatkan no TACCara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Internet Banking Website
  12. No TAC akan dihantar ke SMS, masukkan Nombor TAC lepas tu tekan butang ConfirmCara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Banking Portal
  13. Kemudian akan muncul butiran pembayaran, seterusnya anda boleh simpan pembayaran. Anda boleh jadikan butiran sebagai butiran favorite anda, tekan pada Add to Favorite
  14. Tekan pada Save Receipt
    Cara Bayar Aeon Credit Melalui Maybank2u Internet Portal
  15. Anda boleh simpan dan print pembayaran yang sudah Anda buat untuk rujukan.

Cara Bayar AEON Guna CDM Maybank

Sekiranya Anda tidak belum mempunyai akaun Maybank2u, Anda boleh membuat pembayaran menggunakan CDM Maybank. Sila ikuti langkah berikut.

  1. Kunjungi mesin CDM Maybank terdekat
  2. Pilih bahasa
  3. Pilih Cash Payment
  4. Pilih AEON.
  5. Pilih jenis pembayaran AEON
  6. AEON Easy Payment (termasuk: Personal Financing, OF, Insurance dan lain-lain) atau AEON Credit Card
  7. Lepas tu, masukkan No Perjanjian / Kad Kredit Anda
  8. Masukkan no telefon Anda
  9. Seterusnya, masukkan wang tunai anda ke mesin CDM
  10. Pilih YES untuk meneruskan pembayaran
  11. Ambil resit untuk rujukan

Cara Bayar AEON Guna CDT Maybank

Selain menggunakan mesin CDM, Anda juga boleh membuat pembayaran AEON Credit menggunakan terminal CDT.

  1. Kunjungi CDT Maybank terdekat
  2. Pilih Bahasa
  3. Pilih Bill Payment
  4. Pilih AEON
  5. Lepas tu, masukkan No Perjanjian / Kad Kredit Anda
  6. Masukkan no telefon Anda
  7. Masukkan jumlah pembayaran yang akan di bayar.
  8. Seterusnya, masukkan cek ke mesin CDT
  9. Pilih YES untuk menyelesaikan pembayaran
  10. Ambil resit untuk rujukan

Itu sahaja perkongsian mengenai cara semak baki pinjaman AEON Credit dan cara bayar AEON Credit melalui Maybank2u, semoga bermanfaat.