Cara Bayar Balik PTPTN Online Guna Maybank2u

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Pinjaman ini boleh didapati oleh pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, termasuk kelayakan akademik dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman.

Pelajar yang berminat untuk memohon pinjaman PTPTN boleh membuat permohonan melalui laman web PTPTN atau di kaunter PTPTN.

Kemudian, pelajar akan diberi tahu jika permohonan mereka diterima atau tidak. Jika diterima, pelajar akan menerima bantuan kewangan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Sebagai balasan untuk bantuan yang diterima, pelajar diwajibkan untuk membayar balik pinjaman selepas tamat pengajian mereka.

Bayaran balik boleh dibuat melalui deduksi dari gaji atau dengan bayar pinjaman secara online. Pelajar juga boleh memilih untuk membayar balik pinjaman dalam tempoh yang lebih panjang untuk memudahkan proses bayaran balik.

Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN Online

Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN Online

Perkongsian kali ini mengenai cara buat pembayaran pinjaman PTPTN melalui aplikasi myPTPTN secara online, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka Aplikasi MyPTPTN.
  2. Masukkan Kata Laluan, lepas tu Anda klik pada Log Masuk.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Online
  3. Klik pada fungsian Pembayaran Pinjaman.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Online
  4. Masukkan Nombor IC Anda, lepas tu Anda tick pada pilihan akaun, kemudian klik Seterusnya.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Online Portal Website
  5. Masukkan jumlah Bayaran, lepas tu Anda klik pada butang OK.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Online Portal Website
  6. Klik pilihan Bayaran (FPX Online Banking) ataupun (Credit/Debit Card), lepas tu Anda klik Pilihan Bank Anda.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Online Website Portal
  7. Tutorial pembayaran kali ini adalah melalui Maybank, kemudian Anda klik Sah & Bayar.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Online Website Portal
  8. Anda akan dibawa ke Online Banking Login Page. Dekat sini Anda masukkan Username, lepas tu Anda klik Log In.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Portal Online
  9. Seterusnya Anda sahkan Security Image, klik Yes.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Portal Website
  10. Masukkan Password, lalu Anda klik Login.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN via Portal Website Online
  11. Lepas tu Anda klik Continue.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN guna Online Portal Website
  12. TAC telah dihantar ke nombor telefon yang berdaftar, kemudian Anda masukkan Nombor TAC 6 Digit.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN guna Online Portal Website
  13. Bayaran telah berjaya, lepas tu Anda klik pada butang Selesai.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN guna Online Portal Website
  14. Klik Cetak Resit.
    Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN guna Online Portal Website
  15. Anda juga boleh kongsikan resit bayaran yang dibuat sama ada melalui: Whatsapp, Emel, Telegram, Bluetooth & Lain-lain. Lepas tu Anda klik butang Log Keluar.

Baca juga, cara bayar PTPTN online melalui MyBSN. Bagi kaedah pembayaran pula, peminjam yang ingin membuat penyelesaian penuh atau separuh pinjaman dibenarkan membuat pembayaran secara dalam talian atau di mana-mana kaunter PTPTN berhampiran mereka, tetapi mereka perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan baki hutang melalui portal rasmi PTPTN atau dengan menghubungi eksekutif pemasaran PTPTN.