Cara Bayar Bil Astro Guna Bank Islam JomPAY Online

Pada zaman sekarang, teknologi semakin maju dan berkembang dari waktu ke waktu. Selain itu, keperluan perkhidmatan internet, saluran, rancangan dan siaran langsung berita sememangnya menjadi satu perkara yang cukup diperlukan.

Sebab hampir semua perkhidmatan sedia ada kini disambungkan secara dalam talian. Jadi rangkaian internet dan siaran TV adalah wajib. Anda semua perlu tahu bahawa untuk dapat menggunakan perkhidmatan Astro sudah tentu Anda diwajibkan membayar bil setiap bulan. Jika tidak, Anda akan didenda atau ditamatkan perkhidmatan buat sementara waktu sehingga Anda membuat pembayaran bil.

Artikel kali ini kami akan kongsikan cara membuat pembayaran bil utiliti Astro secara online melalui Bank Islam online banking JomPay.

Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY

Cara Bayar Bil Astro Guna Bank Islam JomPAY

Bagi Anda yang nak buat bayaran bil Astro guna Bank Islam JomPay, Anda boleh ikuti step di bawah ini:

  1. Untuk pembayaran bill melalui Bank Islam, anda perlu menggunakan Fungsian Jompay. Jadi, lepas anda dah Log Masuk akaun bank islam anda.
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY Online
  2. Anda perlu klik pada Payment/Service.
  3. Lalu anda pilih Jompay, sebab anda guna Fungsian Jompay. Oke, lepas tu dekat sini anda perlu klik Payment (Jompay).
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY Online Banking Portal
  4. Dekat bahagian Form Account ni anda perlu klik pada akaun bank islam anda.
  5. Lepas tu anda perlu masukkan pula jumlah pembayaran yang anda nak buat, contohnya macam kami yang nak buat pembayaran sebanyak RM30 sahaja.
  6. Lepas tu di bahagian Payment Mode ini pula dia ada tiga jenis, yang pertama adalah Immediate bilamana kita membuat pembayaran segera, Future Dated nak membuat pembayaran untuk tarikh-tarikh tertentu, dan juga Recurring ni bila kita membuat pembayaran berulang.
  7. Macam dalam artikel ini, kami akan membuat pembayaran segera. Jadi kami akan klik pada bahagian Immediate.
  8. Next dekat bahagian Recipient Type ni pula, kami akan klik pada bahagian Open Biller.
  9. Lepas tu, kami akan masukkan nombor Biller Code, setiap bill iya mempunyai nombor bill mereka tersendiri.
  10. Inilah adalah contoh nombor bil untuk astro. Macam kami nak membuat pembayaran untuk tmb, jadi Nombor Biller Code untuk tmb adalah 5454.
  11. Oke, macam mana nak dapat nombor biller code ni, biasanya nombor biller code ni dia berada di resit anda, di resit bill anda boleh tengok dekat situ.
  12. Biasanya dia ada dibahagian belakang atauun dibahagian depan bill.
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY via Online Banking Portal
  13. Lepas dah masukkan Biller Code, pada bagian Reference-1 ni anda perlu masukkan Nombor Account Bill anda.
  14. Ini adalah contoh nombor account bill anda. Dan untuk Reference-2 ini pula anda bebas untuk masukkan apa-apa maklumat.
  15. Contohnya dekat sini anda boleh taip nama anda ataupun anda taip nombor telefon atapun anda juga boleh taip kad pengenalan anda.
  16. Anda bebas untuk taip apa-apa sahaja dekat situ, tapi anda perlu pastikan itu adalah maklumat diri anda sendiri.
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY Online Banking Website
  17. Lepas dah siap, anda perlu klik pada Kotak Deklaration dan anda perlu klik pada Validate.
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY via Online Banking Website
  18. Seterusnya anda pelru klik pada Add to Bill List.
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY via Online
  19. Nanti dia akan keluar maklumat pembayaran bil anda, lepas tu anda klik Pay.
  20. Tapi sebelum tu anda kena pastikan lah semua maklumat yang anda masukkan tadi adalah betul dan tepat. Kalo dah semuanya oke, barulah anda klik Pay.
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY via Online Banking
  21. Lepas tu anda klik request i-Access Code, dan seperti biasa i-Access Code ni akan dihantar ke sms anda.
  22. Jadi anda semak SMS, dan masukkan i-Access Code yang anda dapat dari sms anda. Lepas tu anda klik Confirm.
    Cara Bayar Bil Guna Bank Islam JomPAY guna Online Banking Website
  23. So, anda dah pun berjaya membuat pembayaran bill Astro melalui JomPAY dengan menggunakan Bank Islam.

Selain cara diatas, Anda juga boleh buat bayaran guna DuitNow Bank Islam.

Soalan Lazim

Berikut soalan lazim mengenai cara bayar bil guna JomPAY Bank Islam.

1. Bahagian Financing untuk kita nak bayar pinjaman peribadi ke? Contoh kita buat loan kat bank islam, bayar kat sana? (Financing?)

Iya betul tapi untuk lebih confirm better anda call customer service bank islam ya, ni nombor yang anda boleh hubungi 03-2690-0900.

2. Kalau nak buat bayaran PTPTN macam mana tapi saya nak add dekat fav sebab nanti bulan-bulan nak bayar senang takyah tengok no bill bagai minta pencerahan?

Anda boleh buat bayaran guna jompay dan dekat bahagian payment method anda pilih RECURRING, pattern tu anda set monthly lepas tu anda set la every tu tarikh yang anda nak pihak bank deduct duit dari akaun anda. Start tu tarikh mula bayar lepastu dekat bahagian FREQUENCY anda pilih end date dan anda set la bila last anda nak buat bayaran.

3. Boleh ka bayar loan kereta or rumah pakai Bank Islam?

Boleh je, nanti dekat bahagian jenis pindahan anda pilih loan ya.