Cara Bayar Bil Astro Secara Online Guna Maybank2u

Wah, Anda pernah tak terlupa nak bayar bil Astro? Rasa macam tak selesa je bila tahu ada banyak bil yang belum dibayar. Tapi sekarang, Anda tak perlu risau lagi sebab Maybank2u ada untuk membantu Anda.

Maybank2u adalah platform online banking yang disediakan oleh Maybank. Dengan Maybank2u, Anda boleh bayar bil dengan mudah tanpa perlu keluar rumah. Cuma perlu ada internet dan akaun Maybank2u.

Di bawah ini kami kongsikan langkah cara bayar bil Astro melalui Maybank2u.

Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u

Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u

Maybank2u mempunyai sistem pembayaran yang selamat untuk memastikan Anda bayar bil pada pemilik yang betul. Selain itu, Anda juga boleh set reminder untuk bayar bil supaya tak terlupa lagi. Sila ikuti step berikut ni ye.

  1. Pertama sekali Anda layari website Maybank2u https://www.maybank2u.com.my
  2. Lepas tu Anda masukkan Username. Lalu Anda klik pada butang Login.
  3. Sahkan Image Security Anda, bila betul Anda klik pada butang Yes.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  4. Seterusnya Anda masukkan Kata Laluan Anda. Lalu Anda klik pada butang Login.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  5. Lepas tu klik pada Pay & Transfer.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  6. Pastikan Anda berada pada fungsian Pay. Pada bahagian Pay to Anda pilih bayaran guna Payee seterusnya, klik pembayaran baru dan pilih Astro.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  7. Masukkan Nombor Akaun Bil Anda dan klik butang Confirm.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  8. Nama bil berdaftar dan jumlah yang perlu dibayar pada bulan tersebut akan muncul secara automatik.
  9. Anda juga boleh tukar amount dengan hanya masukkan sahaja jumlah yang mahu dibayar. Kemudian Anda klik Pay.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  10. Sila sahkan butiran sebelum membuat pembayaran. Seterusnya, Anda klik pada Secure Verification guna SMS TAC lepas tu Anda klik Request.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  11. Masukkan nombor TAC 6 digit dan klik pada butang Sahkan.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal
  12. Pembayaran telah berjaya, Anda boleh simpan resit sebagai bukti pembayaran.
    Cara Bayar Bil Astro Guna Maybank2u via Online Portal

Mudah kan? Jadi, jangan risau lagi terlupa bayar bil Astro. Dengan Maybank2u, Anda boleh bayar bil Astro dengan selesa dari rumah dan tak perlu risau lagi tentang denda bil Astro yang terlepas.

Kalau Anda nak bayar Astro guna bank lain juga boleh, Anda boleh follow ni cara bayar bil Astro melalui CIMB Clicks.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda.