Cara Bayar Bil ASTRO Melalui CIMB Clicks Online

Untuk membayar bil ASTRO melalui CIMB Clicks, Anda perlu mempunyai akaun CIMB Clicks terlebih dahulu. Jika Anda belum mempunyai akaun, Anda boleh mendaftar dengan mengikuti langkah-langkah di laman web CIMB Clicks.

Dengan membayar bil ASTRO melalui CIMB Clicks, Anda boleh mengelakkan beratur panjang di bank dan menjimatkan masa yang diperlukan untuk membayar bil secara manual.

Selain itu, Anda juga boleh membuat pembayaran bil ASTRO pada bila-bila masa dan di mana sahaja Anda mahu.

Cara Bayar Bil Astro Melalui CIMB Clicks

Cara Bayar Bil ASTRO Melalui CIMB Clicks

Hari ini kami akan kongsikan bagaimana cara bayar bil ASTRO melalui laman web CIMB Clicks, jadi jom kita tengok.

  1. Langkah pertama seperti biasa Anda buka laman website CIMB Clicks.
  2. Kemudian Anda login akaun CIMB Clicks Anda.
    Cara Bayar Bil Astro Melalui CIMB Clicks Online
  3. Inilah paparan website CIMB Clicks.
  4. Untuk membuat bayaran bill ASTRO , Anda klik pada Pay & Transfer.
  5. Kemudian Anda klik pada JomPAY.
    Cara Bayar Bil Astro Melalui CIMB Clicks Online Portal
  6. Seterusnya Anda masuk ke paparan JomPAY. Untuk langkah pertama tu Anda masukkan Biller Code.
  7. Biller Code Anda boleh rujuk pada Bil ASTRO. Contoh kami masukkan Biller Code 9639, kemudian Anda klik Proceed.
    Cara Bayar Bil Astro Melalui CIMB Clicks Website
  8. Seterusnya Anda masukkan Ref-1 iaitu nombor akaun ASTRO, Anda boleh rujuk pula dekat bil ASTRO.
  9. Untuk Ref-2 Anda boleh masukkan nombor telefon Anda.
  10. Pastikan Biller Code Name dia keluar ASTRO.
  11. Jika Anda nak Save Favourite, Anda boleh Tick pada Kotak Kecil.
  12. Kemudian Anda namakan bil Anda.
    Cara Bayar Bil Astro via CIMB Clicks Online Portal
  13. Seterusnya From Anda pilih akaun bil Anda. Kemudian Amount and When. Anda masukkan Amount yang Anda nak bayar.
  14. Lepas tu Anda klik Yes pada Accepting Terma & Syarat. Kemudian Anda klik pada Make Payment.
    Cara Bayar Bil Astro via CIMB Clicks Online
  15. Seterusnya Anda masuk kepaparan Jompay Confirmation. Anda cek butiran pembayaran sekali lagi, pastikan semuanya adalah betul lalu Anda perlu Request TAC.
  16. Lepas tu Anda masukkan Nombor TAC yang dihantar ke SMS Anda, lepas tu Anda klik Confirm.
    Cara Bayar Bil Astro via CIMB Clicks Website
  17. Seterusnya status akan menjadi succesful maksudnya pembayaran bil ASTRO Anda telah pun berjaya. Kemudian di bahagian bawah, dia akan nyatakan baki akaun Anda.
  18. Untuk cetak resit Anda klik pada tiga titik di atas sebelah kanan.
    Cara Bayar Bil Astro guna CIMB Clicks Online Portal
  19. Lepas tu Anda tekan Print.
    Cara Bayar Bil Astro guna CIMB Clicks Online Website
  20. Jadi Anda boleh print kalau Anda nak, kalau Anda tak nak boleh Screenshot atau Save sahaja. Setelah membuat pembayaran jangan lupa untuk Logout.
  21. Selesai.

Tips Bayar Bil Astro

Untuk membantu Anda membayar bil ASTRO Anda tepat pada masanya, berikut ialah beberapa petua yang boleh Anda ikuti:

  • Pastikan Anda mempunyai akaun ASTRO online. Dengan akaun ASTRO online ni Anda boleh membayar bil ASTRO dengan mudah dan pantas.
  • Anda boleh menggunakan peringatan/notifications pada telefon Anda atau pada komputer Anda untuk memberitahu Anda bahawa bil ASTRO Anda perlu dibayar.
  • Jangan tangguhkan pembayaran bil ASTRO Anda sehingga keesokan hari atau minggu berikutnya. Ini akan membantu Anda mengelakkan Anda kena denda.
  • Anda boleh mengaktifkan pembayaran automatik untuk bil ASTRO agar bil akan dibayar secara automatik daripada akaun bank Anda pada tarikh tamat tempoh.
  • Pastikan Anda mempunyai wang yang mencukupi dalam akaun bank Anda.

Bagi Anda yang nak bayar bil elektrik, Anda boleh baca artikel ni cara bayar bil elektrik guna CIMB online.

Pembayaran bil Astro melalui CIMB Clicks ialah cara yang pantas dan praktikal. Jadi, jika Anda ingin membayar bil Astro Anda kami nasihatkan untuk gunakan CIMB Clicks.

Jika Anda menghadapi masalah, Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan ASTRO untuk mendapatkan bantuan.