Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking

Sekarang ni, bil elektrik memang tak boleh dielakkan dalam kehidupan seharian kita. Bagi kebanyakan daripada kita, bil elektrik ini adalah salah satu daripada bil utama yang perlu dibayar setiap bulan.

Jadi, dalam artikel ini kita akan kongsikan mengenai cara-cara yang boleh digunakan untuk membayar bil elektrik TNB dengan mudah.

Pertama sekali, apa itu TNB? TNB atau Tenaga Nasional Berhad merupakan syarikat elektrik utama di Malaysia yang menyediakan bekalan elektrik untuk rakyat Malaysia.

Jika Anda adalah salah seorang pelanggan TNB, maka Anda perlu membayar bil elektrik Anda setiap bulan.

Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking

Cara Bayar Bil TNB Melalui Aplikasi RHB Mobile Banking

Ada beberapa cara yang boleh Anda gunakan untuk membayar bil elektrik TNB. Pertama sekali, Anda boleh membayar di kaunter TNB yang berdekatan.

Namun, jika Anda takde banyak masa atau terlalu jauh dari kaunter TNB, Anda boleh cuba cara yang lebih mudah iaitu melalui aplikasi perbankan online.

Sekarang ni kita boleh membayar bil elektrik TNB dengan lebih mudah melalui aplikasi perbankan dalam talian seperti RHB Mobile Banking.

Di bawah ini langkah cara untuk membayar bil elektrik TNB menggunakan aplikasi RHB Mobile Banking.

  1. Pertama sekali sila muat turun turun aplikasi RHB Mobile banking, selepas Anda log masuk ke aplikasi ini, pada laman utama ini, terdapat beberapa cara untuk lakukan bayaran bil sama ada Anda tekan pada Tab Menu dibawah ini dan seterusnya tekan pada Pay.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App
  2. Atau pada laman utama ini, terus saja tekan pada butang Pay.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App
  3. Pada bahagian Pay ini, untuk mula membayar bil, tekan pada Billers.
  4. Seterusnya, Anda perlu buat carian dengan menaip Tenaga Nasional Berhad dan tekan pada JomPay ini.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App
  5. Pada laman ini, Anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran bil tersebut seperti Payment Nickname, Ref-1 dan jumlah bayaran pada ruangan yang disediakan.
  6. Untuk Ref-1, ia merupakan nombor akaun TNB Anda.
  7. Anda juga diberi pilihan untuk jadikan akaun bil ini sebagai Favourite.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App
  8. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagagi tAnda persetujuan dengan terma dan syarat dari aplikasi ini.
  9. Sekiranya sudah selesai, tekan Next dibawahnya.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App
  10. Pastikan maklumat yang dipaparkan ini adalah batul seperti nombor akaun TNB dan jumlah bayaran dengan menekan pada Submit.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App
  11. Untuk membenarkan transaksi ini, tekan pada Approve dibawahnya.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App
  12. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil TNB ini.
  13. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Share.
  14. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Make New Payment.
    Cara Bayar Bil TNB Guna App RHB Mobile Banking via App

Dengan menggunakan aplikasi RHB Mobile Banking untuk membayar bil TNB, Anda kini boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Kalau Anda mempunyai akaun HLB, Anda juga boleh cuba cara bayar bil TNB guna aplikasi HLB Connect.

Anda boleh membayar bil elektrik TNB di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Jadi, jika Anda masih belum mencuba membayar bil elektrik TNB melalui aplikasi RHB Mobile Banking, Anda sepatutnya mencuba hari ini.