Cara Bayar i-SURI KWSP Bank Islam Melalui Online

Program Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Kami kongsikan cara untuk membuat pembayaran isuri ataupun isaraan menggunakan BankIslam.biz

Cara Bayar i-SURI Bank Islam Online

Cara Bayar i-SURI Bank Islam Online

Jadi kepada mereka yang mempunyai akaun Bank Islam, Anda boleh sahaja gunakan akaun tersebut untuk buat bayaran melalui Bank Islam secara sukarela kepada akaun i-Saraan pada bila-bila masa dan berapa nilai sekali pun.

  1. Langkah pertama anda taip pada carian google iaitu Bank Islam
  2. Lepas tu anda klik pada Bank Islam IB
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam Online
  3. Pilih Internet Banking Login
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam via Online Portal
  4. Masukkan Username seperti biasa, lepas tu anda klik Login
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam via Online Portal
  5. Pada Password anda masukkan Password anda, lepas tu anda klik Login
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam via Online Portal
  6. Pilih Payment atau Services
  7. Lepas tu anda pilih Bill Payment
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam via Online Portal
  8. Seterusnya anda pilih Savings atau Current Account anda
  9. Lalu pada Payment Mode (Immediate) segera
  10. Jenis Penerima: Open Biller, lepas tu anda pilih Biller
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam via Online Portal
  11. Anda pilih kumpulan Wang Simpanan Bekerja (KWSP)
  12. Pada Jenis Bayaran, lepas tu anda pilih I-Suri atau Saraan
  13. Lalu anda masukkan nombor ahli EPF anda
  14. Masukkan Nama Penuh anda
  15. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  16. Akhir sekali, masukkan jumlah pembayaran
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam via Online Portal
  17. RM60 merupakan bayaran bagi tempoh setahun
  18. Kemudian anda klik Add
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam guna Online Portal Website
  19. Lepas tu anda klik Pay
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam guna Online Portal Website
  20. Untuk pengesahan bayaran, klik pada Request I-Access Code
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam guna Online Portal Website
  21. Masukkan Nombor IAC 6 Digit
  22. Klik Confirm untuk pengesahan Pembayaran
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam guna Online Portal Website
  23. Pembayaran telah berjaya
  24. Lepas tu anda klik pada icon Print
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam guna Online Portal Website
  25. Klik Print untuk mencetak bukti pembayaran yang telah dibuat
    Cara Bayar i-SURI Bank Islam guna Online Portal Website

Baca juga cara link akaun tabung haji dengan Bank Islam.

Faedah i-Suri KWSP

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200* pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan hilang upaya

Golongan Yang Boleh Mencarum i-Suri KWSP

  • Suami kepada pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih) setakat 30 November 2019
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

*Nota: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Persaraan (i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-Suri.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah soalan lazim yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Ayah saya buat pendaftaran online, ada nak kena pergi ke kaunter pejabat ke untuk pendaftaran no account bank?

Tidak perlu pun, boleh terus buat pembayaran tanpa perlu ke kaunter. Nanti bila dah siap bayar Anda boleh semak status pembayaran melalui iakaun kwsp, biasanya akan diupdate selepas 3 hari bekerja.

2. Macam mana nak check kat mana lepas kita buat payment isuri?

Anda kena login iakaun KWSP, dalam tu Anda boleh semak pembayaran Anda.

3. Bayar untuk orang lain pon boleh kan?

Boleh, janji kita tahu nombor ahli dan maklumat mereka.

Semoga perkongsian cara bayar i-SURI atau i-Saraan melalui bank Islam ini memberikan manfaat kepada anda semua.