Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN Online MyBSN

Bayar pinjaman kereta tepat waktu sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi kewangan Anda di masa akan datang. Jika Anda tidak membayar pinjaman kereta tepat waktu, ia boleh menyebabkan kos tambahan seperti caj lewat bayar dan faedah yang lebih tinggi.

Selain itu, lewat bayar pinjaman juga boleh memberikan skor kredit buruk kepada Anda dan boleh menyukarkan Anda untuk membuat pinjaman di masa akan datang.

Untuk perkongsian kali ini kami akan kongsikan cara untuk membuat bayaran pinjaman kereta melalui website MyBSN. So, kepada Anda yang tertanya-tanya bagaimana caranya, Anda boleh follow step dalam artikel ni.

Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN

Kelebihan Bayar Loan Kereta BSN Melalui Online

Kelebihan membayar pinjaman kereta melalui BSN online adalah:

  1. Anda tidak perlu pergi ke cawangan bank atau menggunakan wang tunai. Cukup log masuk ke dalam akaun BSN online Anda dan Anda boleh membayar pinjaman kereta Anda dengan sekelip mata.
  2. Bayaran yang Anda buat akan diproses secara elektronik dan tidak perlu mengeluarkan wang tunai. Ini membantu mengurangkan risiko pencurian atau kehilangan wang.
  3. Membayar melalui BSN online membantu mengurangkan jumlah kertas yang digunakan dan mengurangkan kebersihan di cawangan bank.
  4. Anda boleh membuat pembayaran di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Anda tidak perlu bergantung kepada waktu operasi cawangan bank atau menunggu giliran untuk membuat pembayaran.
  5. Bayar pinjaman kereta melalui BSN online adalah salah satu cara yang cepat, mudah, selamat dan mesra alam sekitar untuk membayar pinjaman kereta Anda. Pembayaran loan kereta melalui MyBSN sangat disarankan jika Anda mempunyai akaun BSN online.

Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN Online

Bayaran pinjaman kereta melalui BSN online merupakan salah satu cara yang cepat dan mudah untuk membayar pinjaman kereta Anda.

Sila ikuti step di bawah ini untuk bayar loan kereta melalui MyBSN.

  1. Seperti biasa untuk menggunakan MyBSN Anda perlu layari website BSN terlebih dahulu.
  2. Lepas tu Anda perlu masukkan username BSN Anda lalu klik Login.
    Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN via Internet Portal
  3. Seterusnya masukkan Password dan Anda klik Login lagi sekali.
    Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN via Internet Banking
  4. Dekat halaman utama MyBSN Anda, untuk membuat pembayaran pinjaman kereta contohnya Anda membuat pinjaman kereta menggunakan Affin Bank.
  5. Cara membuat pinjaman, Anda perlu klik pada bahagian Transfer, lepas tu Anda perlu klik pada Interbank Funds Transfer.
  6. Kemudian Anda perlu klik pada nombor akaun BSN Anda.
  7. Lepas tu untuk bahagian transfer to ni Anda perlu pilih pada bahagian Account Number.
  8. Lepas tu Anda perlu pilih akaun penerima, kami punya pinjaman dengan Affin Bank, so dekat sini kami akan klik pada Affin Bank.
  9. Lepas tu Anda perlu masukkan nombor penerima, lalu untuk bahagian to account ni Anda perlu masukkan nombor akaun bank pinjaman Anda.
  10. Lepas dah masukkan nombor akaun bank, seterusnya dekat bahagian Transaction Type ni dekat sini Anda perlu klik pada Loans.
  11. Seterusnya Anda perlu pilih jenis penerima, untuk bahagian ni dia adalah optional sama juga untuk bahagian seterusnya, Anda boleh abaikan sahaja.
  12. Seterusnya Anda perlu masukkan jumlah wang yang Anda nak bayar.
    Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN via Internet Banking Portal
  13. Lepas Anda dah isi kesemua maklumat yang diminta, Anda perlu klik pada bahagian Submit.
    Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN via Internet Banking Website
  14. So, Anda automatik akan dibawa ke bahagian yang kedua iaitu bahagian Transfer Confirmation. Dekat bahagian ni, sila pastikan Anda semak butiran maklumat yang dipaparkan, dan sila pastikan semuanya dah betul dan tepat.
  15. Kalau semuanya dah oke, Anda klik je pada bahagian Request TAC. So nombor TAC akan dihantar ke SMS Anda, dan sila masukkan nombor TAC yang Anda terima melalui SMS tu. Lepas tu Anda klik pada kotak Declaration. Last sekali Anda klik Confirm.
    Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN guna Internet Banking
  16. So Anda dah pun berjaya membuat pembayaran pinjaman kereta Anda melalui MyBSN.
    Cara Bayar Pinjaman Kereta Guna BSN gunakan Internet Banking

Selain buat pembayaran loan kereta, Anda juga boleh bayar bil elektrik melalui BSN online.

Soalan Lazim

Di bawah ni beberapa soalan dan jawapan mengenai bayar loan kereta guna MyBSN.

1. Kalau bayar pinjaman untuk kenderaan bukan milik kita, contoh kita beli dari family macam tu, maklumat pembayaran adalah nama dan IC pemilik pertama kenderaan kan?

Iya betul, sebab pinjaman tu atas nama pemilik pertama.

2. Kalau bayar loan kereta Public Bank guna MyBSN process sama ke?

Sama sahaja ye, nanti ikut step dalam artikel ni ye.

3. Kalau Bank Muamalat boleh ikut cara yg sama tak?

Sama je.