Cara Daftar Bank Islam Online

Bank Islam menawarkan perkhidmatan perbankan internet untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan. Berikut ini adalah informasi mengenai kelebihan, ciri, dan cara daftar Bank Islam online banking.

Perkhidmatan Bank Islam IB boleh diakses oleh pelanggan melalui peranti handphone atau komputer yang disambungkan ke internet. Kaedah ini digunakan untuk transaksi kewangan non cash, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Cara Daftar Bank Islam Online

Ciri Bank Islam Online Banking

  • Check Baki Akaun
  • Transfer Duit
  • Print Penyata Bank
  • Top up
  • Transaksi Berjadual
  • Transfer Antara Bank
  • Pinjaman
  • Dan lain-lain

Syarat Daftar Bank Islam Online

Berikut adalah senarai syarat yang diperlukan untuk mendaftar Bank Islam Internet Banking :

  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Mempunyai Kad Debit atau KAD ATM Bank Islam
  • Mempunyai No PIN ATM untuk kad ATM/Kad Debit
  • Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan

Cara Daftar Bank Islam Online

  1. Buka laman https://www.bankislam.biz
  2. Klik FIRST TIME USER
  3. Baca Term and Condition kemudian tandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan. Klik Continue Cara Buat Bank Islam Online
  4. Please select your card type, klik Continue
  5. Masukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan no PIN KAD ATM/DEBIT Anda. Klik Continue Register Bank Islam Online
  6. Customer Name: Nama Penuh Anda
  7. IC/ID: No Kad Pengenalan Anda ( 84123456789 )
  8. User ID: Apa-apa ID yang sesuai senang di ingat ( Contoh: gagakhitam88 )
  9. Password: Kata laluan perlu mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
  10. Confirm password: Masukkan sekali lagi password untuk pengesahan.
  11. E-Mail: Masukkan email Anda.
  12. Mobile Number: Masukkan nombor telefon Anda.
  13. Private Word: Masukkan kata rahsia untuk keselamatan.
  14. Select One Private Image: Pilih gambar untuk keselematan.
  15. Secret Question: Sila buat soalan untuk keselamatan.
  16. Secret Answer: Masukkan jawapan dari soalan diatas.
  17. Klik Submit
  18. Sila check semua maklumat yang telah Anda isi lalu sahkan, klik Confirm
  19. Anda akan menerima SMS daripada pihak bank Islam. Sila cek handphone Anda.
  20. Tahniah, pendaftaran Bank Islam IB telah berjaya.

Cara Login Bank Islam Online

Sila ikuti panduan cara login Bank Islam online dibawah.

  1. Buka laman www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID
  3. Pilih Online Image dan Private Word milik akaun Anda
  4. Masukkan Password, klik Login
  5. Tahniah, Anda berjaya log masuk

Bagi Anda yang sering berurus niaga dengan bank, kami syorkan Anda untuk mempunyai perkhidmatan akaun Bank Islam online untuk menyokong aktiviti Anda kerana Anda akan menerima banyak faedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *