Cara Daftar CIMB Clicks Online Internet Banking

Kewujudan teknologi dan internet menjadikan pelbagai transaksi perbankan seperti check baki, bayar bil, pemindahan, sehinggalah membuat pelaburan boleh di buat oleh pelanggan tanpa perlu pergi ke kaunter.

Salah satu ciri yang memudahkan transaksi ini ialah perbankan internet. CIMB merupakan salah satu bank yang menyediakan perkhidmatan perbankan internet iaitu melalui CIMB Clicks.

Artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk daftar akaun online banking di CIMB Clicks online banking. Semoga artikel ini dapat membantu anda. Sebelum daftar, anda diminta untuk memenuhi 2 syarat ini, iaitu:

  • Telah mendaftar akaun CIMB
  • Mesti ada kad debit ataupun kredit CIMB

Selepas Anda mempunyai kedua syarat diatas, sila ikuti step yang kami kongsikan berikut.

Cara Daftar CIMB Clicks Online Banking
Cara Daftar CIMB Clicks Online Banking

Cara Daftar CIMB Clicks Online Banking

Kami nasihatkan Anda untuk membuat pendaftaran menggunakan peranti komputer atau laptop, pastikan sambungan internet Anda stabil.

  1. Layari web rasmi CIMB di https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Lepas tu anda tekan pada butang Register For Clicks
  3. Ada dua pilihan antara CIMB Debit & Credit Card ataupun Investment, Loan/Financing
  4. Jika anda guna Kad, seterusnya anda klik pada CIMB Debit & Credit Card
    Cara Daftar CIMB Clicks Banking Online Portal
  5. Lalu anda masukkan Debit/Credit Card Number anda
  6. Seterusnya anda masukkan ATM PIN anda
  7. Kemudian salin kembali text dalam Imej
  8. Lalu anda centang pada kotak Terma dan Syarat, Lepas tu anda klik Next
    Cara Daftar CIMB Clicks Banking Website
  9. Anda perlu memasukan Aktivasi kod yang akan dihantar ke SMS
  10. Lepas tu anda tekan butang Continue
    Cara Daftar CIMB Clicks Banking Website Portal
  11. Kemudian anda perlu isikan semua data yang diperlukan saat mendaftar
  12. Anda masukkan ID Username
  13. Lalu isikan Password anda
  14. Lepas tu anda masukkan sekali lagi Password anda
  15. Seterusnya anda diminta isikan Nama Ibu anda
    Cara Daftar CIMB Clicks Banking Internet
  16. Lalu masukkan Alamat Emel anda
  17. Kemudian anda buat Kata Keselamatan untuk akaun anda
  18. Untuk optional pilihan, anda diminta untuk mengisi Name, Staff ID, dan Email (Tak perlu isi kosongkan sahaja)
    Cara Daftar CIMB Clicks Banking Internet Website
  19. Lalu masukkan CIMB Bank Branch yang anda pilih
  20. Lepas tu anda tekan I agree & submit
  21. Seterusnya anda telah berjaya untuk daftar CIMB
    Cara Daftar CIMB Clicks Banking Website Online

Nota: Kami nasihatkan Anda untuk kemaskini no telefon CIMB terlebih dahulu agar proses pendaftaran CIMB online banking tiada masalah.

Cara Login CIMB Online Banking

Lepas anda daftar akaun, seterusnya anda boleh login guna akun yang baharu anda buat tadi

  1. Pertama anda masukkan User ID
  2. Lalu anda tekan Login
    Cara Daftar CIMB Clicks Online Website
  3. Lepas tu anda sahkan SecureWord, bila dah betul anda boleh klik pada checkbox Yes, this is my SecureWord
  4. Kemudian anda masukkan Password, Lepas tu tekan butang Login
  5. Anda baca Terma dan Syarat, bila dah siap anda tekan butang I Agree
    Cara Daftar CIMB Clicks Online Website
  6. Lepas tu anda telah berjaya untuk Log Masuk

Jadi itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga membantu anda semua.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai CIMB Clicks.

1. Basic card CIMB yg sedia ada sekarang ni sama ke dengan OctoSaver CIMB atau ada perbandingan lain?

Sama sahaja

2. Sekarang cimb dah boleh buka kad debit melalui online iaitu octoserver, saya ni student collage jadi boleh lah kan register melalui online tanpa pergi ke bank CIMB?

Boleh

3. Saya cuba nak register acc cimb click untuk ibu saya, tapi lepas saya dah isi segala ruangan dekat step 1 kenape dia cukup pass atau no card salah ye? Saya dah berkali kali confirm. Semua yang saya isi betul.

Yang nih saya kurang pasti sila coba anda call customer service CIMB ya mungkin ada masalah dengan nombor IC ibu anda.

4. Kalau tak pergi bank takpe ke? Maksud saya buat direct terus dari HP kita dan no HP baru boleh ke?

Anda kena update dulu nombor telefon Anda ye lepas tu baru daftar online

5. Kalau kita gunakan cimb click? Duit dalam akaun tak hilang ke?

Kami rasa selamat je, tapi kalau Anda tak yakin, Anda boleh simpan duit Anda dalam banyak-banyak bank ye. So kalau hilang pun hilang yang 1 bank je.