Cara Daftar SSM Online

Sekiranya Anda ingin memulakan aktiviti perniagaan, salah satu langkah pertama yang harus Anda lakukan adalah dengan mendaftarkan kewujudan aktiviti perniagaan Anda dan mendapatkan izin untuk memulakan perniagaan.

Izin untuk memulakan perniagaan ini disebut lesen perniagaan. Lesen perniagaan adalah dokumen yang diperlukan untuk individu dan entiti perniagaan yang akan menubuhkan perniagaan.

Walaupun Anda hanya penjual kecil, Anda juga harus memiliki lesen perniagaan. Pemegang lesen perniagaan tidak semestinya selalu menjadi peniaga berskala besar yang ruang lingkup perniagaannya mencapai luar negara melainkan semua jenis peniaga.Cara Daftar SSM Online

Pendaftaran Perniagaan Baru

Permohonan register perniagaan (daftar perniagaan) dan renew perniagaan (pembaharuan lesen perniagaan) syarikat dapat dilakukan dengan 2 cara iaitu secara online dan melalui kaunter cawangan pejabat SSM Malaysia berdekatan.

Selengkapnya sila baca dahulu maklumat mengenai hukum, syarat, dokumen, fi pendaftaran, prosedur dan panduan AM terlebih dahulu.

Perniagaan yang meliputi bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

Perniagaan yang beoperasi di Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia dan wilayah persekutuan) boleh didaftarkan dibawah APP 1956. Bentuk perniagaan yang dijalankan adalah sebagai berikut:

  • Perniagaan Perkongsian: Perniagaan dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.
  • Perniagaan Milik Tunggal: perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.

Sebelum membuat pendaftaran, ada beberapa syarat pendaftaran, dokumen dan fi pendaftaran yang perlu Anda ketahui terlebih dahulu. Sila lihat maklumat tersebut dibawah:

Syarat Pendaftaran SSM

Syarat dibawah ini mesti dipenuhi oleh Anda yang mahu memulakan perniagaan.

  • Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemilik/rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Dokumen Pendaftaran SSM

Dokumen dibawah ini perlu dilampirkan semasa membuat pendaftaran.

  • Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan).
  • Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.

Fi Pendaftaran SSM

Anda mungkin sahaja ingin tahu berapa fi atau bayaran untuk membuat lesen perniagaan ini, berikut maklumat fi yang perlu Anda ketahui.

  • Cetakan Maklumat Perniagaan RM10.00.
  • Pendaftaran cawangan RM5.00 setiap cawangan.
  • Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred RM60.00.
  • Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan RM30.00.

Prosedur Pendaftaran SSM

Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama Tred.

Sekiranya Anda menggunakan nama sendiri seperti di dalam kad pengenalan, Anda tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Azzam bin Mahmud, Jack Ah Tong, Ramdany a/l Lestaluhu.

  1. Nama Tred iaitu nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) terlbeih dahulu. Contoh: Kedai Muthu Moden, Cinderella Catering, ABC kopi.
  2. Rakan kongsi dan pemilik mesti menandatangai di ruangan maklumat pemilik dan di ruang pengesahan oleh pemilik rakan kongsi atau tunggal.
  3. Pemilik dan semua rakan kongsi mesti hadir untuk urusan pendaftaran.
  4. Selepas itu Anda mesti melengkapkan borang pendaftaran perniagaan baru (borang A) dengan mengisi maklumat dibawah ini:
  • Nama perniagaan.
  • Tarikh permulaan perniagaan.
  • Alamat utama perniagaan.
  • Alamat cawangan perniagaan (opsional).
  • Maklumat pemilik dan rakan kongsi.
  • Jenis perniagaan yang akan dijalankan.
  • Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (opsional).

Panduan AM

Sila baca panduan SSM untuk mendaftarkan perniagaan baru.

  1. Jenis perniagaan yang didaftarkan tidak bersesuaian dengan keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral dan tidak menyalahi undang-undang.
  2. Perniagaan yang Anda miliki telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
  3. Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
  4. Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
  5. Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
  6. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran dibuat.

Cara Daftar SSM Online

Pada masa kini lesen perniagaan boleh dibuat secara online. Perkhidmatan ini dilancarkan oleh pemerintah/kerajaan agar para pebisnis dapat menjalankan kegiatan perniagaan perdagangan dengan cepat dan tentu sah di sisi undang-undang.

Sebelum daftar lesen perniagaan online diperkenalkan, banyak orang mengadu tentang lesen perniagaan. Kerana pengurusan lesen perniagaan terkenal dengan prosesnya yang panjang yang berlangsung selama berhari-hari.

Berdasarkan fakta tersebut, pemerintah berinovasi dengan mengemukakan kaedah untuk membuat lesen perniagaan dalam talian untuk membantu perniagaan yang memerlukan kesahihan dalam waktu yang singkat.

Supaya lesen perniagaan perdagangan mudah diperoleh dan pengusaha perniagaan tidak perlu risau lagi untuk berniaga.

Panduan Daftar SSM Online

Langkah-langkah pendaftaran SSM online tidak terlalu sukar, hanya perlu membuat beberapa langkah sahaja.

  1. Buka laman Ezbiz online.
  2. Klik butang Sign Up.
  3. Masukkan ID Type NRIC, Nombor ID dan Nama Anda.Panduan Daftar SSM Online
  4. Selepas itu Anda perlu pergi ke kaunter SSM dengan membawa MyKad/NRIC dan notis pemberitahuan yang Anda terima melalui email.
  5. Sila membuat pengaktifan ID dengan mengesahkan cap jari (biometrik).

Cara Mohon Pendaftaran Perniagaan Baru (Online)

Selepas langkah diatas Anda boleh mula menggunakan Ezbiz online untuk membuat pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online.

  1. Buka laman Ezbiz online.
  2. Masukkan username dan password, klik Sign In.
  3. Klik menu MyBiz Services > New Business
  4. Masukkan Name Type sama ada Trade Name atau Personal Name.
  5. Masukkan Business Start Date.Langkah-Langkah Pendaftaran SSM Online
  6. Masukkan Registration Period dengan membuat pilihan bermula 1 tahun hingga 5 tahun.
  7. Klik bahagian Business Info untuk YES jika setuju untuk beli info atau NO jika tidak setuju untuk beli info.
  8. Status akan menunjukan DATA ENTRY.
  9. Incubator – Pilih YES jika Anda peniaga di Sarawak yang menggunakan khidmat incubator. Pilih NO jika tidak berkenaan.
    Is Online Seller? – Pilih YES jika berniaga secara dalam talian. Pilih NO jika tidak berkenaan.
  10. Main Address dan Mailing Address sila diisi lengkap.Gambar Daftar SSM Online
  11. Branches Information sila masukkan kalau ada.
  12. Business Information – Nyatakan jenis perniagaan di ruangan Description secara detail. Lalu klik Add Business Code sila cari jenis bisnes Anda.Panduan Daftar SSM Secara Online
  13. Owner Information, klik Action sila kemaskini maklumat pemilik. Bahagian pemilik akan terpapar secara automatik kerana pemilik telah membuat verifikasi sebelum membuat permohonan.
  14. Attachment – Sila lampirkan jika berkenaan surat perjanjian sewaan inkubator atau lain-lain yang dikehendaki.
  15. Fee & Declaration – Semak bahagian bayaran dan tandakan √ di bahagian deklarasi. Klik butang Preview untuk melihat semula borang yang ditaip.Cara Bayaran SSM Online
  16. Klik butang Submit Payment kalau ingin teruskan bayaran.Register SSM Online
  17. Sila pilih bayaran online (Pay Online) atau offline di kaunter SSM (Pay Over The Counter) tempoh bayaran dalam 24 jam.

Baca dan ketahui jenis jenis lesen perniagaan Malaysia

Maklumat Lanjut Cara Daftar SSM

Sekiranya Anda memiliki sebarang pertanyaan dan mahu mendapatkan maklumlat lanjut, sila hubungi melalui:

  • Telefon +603-7721 4000
  • Email enquiry@ssm.com.my
  • Facebook : Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Sekiranya perniagaan Anda sudah berdaftar dengan SSM, pelaku perniagaan akan lebih selesa dan selamat dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Kerana aktiviti perniagaan Anda adalah sah di mata undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *