Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

ASNB kini telah meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk para pelanggannya. Bermula dari kemas kini sistem hingga kemudahan pelbagai perkhidmatan ASB untuk para pelanggan.

Peningkatan kualiti ASNB ditandai dengan adanya perkhidmatan pengeluaran duit secara online yang boleh Anda lakukan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pada masa ini terdapat pelbagai prosedur untuk mengeluarkan duit ASB, yang dapat dilakukan secara manual dengan datang terus ke ejen ASNB terdekat dan secara online melalui portal myASNB.Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Waktu Urus Niaga

Pastikan Anda membuat transaksi pada jam bekerja atau sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB.

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi – 6:00 petang, Isnin – Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin – Ahad*
    (*kecuali cuti umum)

Had Pengeluaran ASB Online

Jumlah transaksi yang dibenarkan untuk pengeluaran duit ASB iaitu 3 kali sebulan dengan maksimum pengeluaran RM500 sebulan.

Untuk jumlah minimum sekali pengeluaran duit ASB iaitu RM100.

Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan bahawa untuk pengeluaran duit ASB boleh dilakukan secara online melalui portal myASNB.

Melalui kemudahan ini, duit akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit dalam masa 24 jam hari bekerja.

  1. Log masuk ke akaun MyASNB www.myasnb.com.my
  2. Klik Portfolio, seterusnya klik Transaksi pada unti amanah yang Anda kehendaki.
  3. Klik Jualan Balik.Jualan Balik Unit ASB
  4. Sila pastikan maklumat bank Anda betul, jika sudah pasti klik Seterusnya.Pengeluaran Duit ASB Online
  5. Baca, dan tick atau tandakan kotak pengisythiharaan dan klik Seterusnya.Cara Keluarkan Duit ASB
  6. Masukkan jumlah amaun yang Anda ingin dikeluarkan, tandakan kotak pengisythiharaan dan klik Seterusnya.
  7. Sila semak semula butiran bank Anda di notifikasi, klik Teruskan.
  8. Klik Permintaan TAC, isikan nombor TAC dan klik Seterusnya.
  9. Transaksi Anda selesai.

Sepadan maklumat yang kami kongsi diatas, duit ASB akan masuk dalam masa 24 jam hari bekerja.

Bagi Anda yang belum memiliki akaun myASNB online sila baca cara daftar ASB online di portal myASNB.

Pastikan Anda sudah mengemaskini nombor telefon Anda di ejen ASNB atau di mana-mana cawangan berdekatan.

Jangan lupa untuk membawa kad pengenalan atau IC untuk pengesahan diri.

Cara Keluarkan Duit ASB di Kaunter

Bagi Anda yang ingin keluarkan duit di kaunter ASNB, sila ketahui syarat-syarat berikut.

  • Jenis Urus Niaga : Jualan Balik Unti Pelaburan
  • Pemohon : Pemegang Unit atau Penjaga Berdaftar
  • Dokumen yang diperlukan : Borang Jualan Balik (ASNB JB) dan Kad Pengenalan pemegang unit.

Maklumat Tambahan :

  • Pemegang unit remaja bagi Akaun Remaja ASB hanya dibenarkan membuat jualan balik sebanyak 200 unit sahaja dalam tempoh seminggu.
  • Jualan balik bagi Akaun Remaja/Bijak ASM 2 Wawasan, ASM, ASB 3 Didik, ASM 3, ASB 2, ASN, ASN Imbang 2, ASN Equity 3 dan ASN Sara 1 hanya boleh dilakukan oleh penjaga berdaftar sahaja.
  • Jualan balik pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.

Selepas syarat diatas Anda penuhi, langkah seterusnya iaitu mengisi borang jualan balik yang diberikan oleh petugas kaunter. Sila tunggu sehingga duit tunai Anda terima.

Cara Keluarkan Duit ASB di Pejabat Pos

Syarat-syarat keluarkan duit ASB di pejabat POS sama dengan di kaunter. Prosesnya pun sama, Anda wajib membawa kad pengenalan dan status Anda iaitu sebagai pemegang unit.

Seterusnya mengisi borang jualan balik. Sila tunggu sehingga duit tunai Anda terima.

Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Buku

Untuk makluman, keluarkan wang ASB boleh dilakukan tanpa buku. Sila bawa IC atau kad pengenalan pada masa akan keluarkan wang ASB di ejen atau cawangan ASNB berdekatan.

Fungsi kad pengenalan ini ialah untuk proses pengesahan diri. Selain itu, sekiranya Anda terlupa no akaun ASNB, Anda boleh bertanya kepada petugas tempatan.

Petugas akan memberikan nombor akaun ASNB Anda dengan senang hati.

Itulah pelbagai cara keluarkan duit ASB, semoga Anda dapat memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya.