Cara Renew SSM Online

Sudahkah Anda memperbaharui lesen perniagaan Anda sebagai dokumen kesahan bagi syarikat Anda? Lesen perniagaan adalah salah satu dokumen yang mesti dimiliki oleh perniagaan dengan skala kecil, sederhana dan besar, selagi perniagaan tersebut bergerak dalam bidang perdagangan.

Dengan dokumen ini, Anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih selamat dan tanpa perlu risau akan masalah di masa depan, seperti pengenaan sekatan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang berlaku.

Lalu bagaimana cara renew lesen perniagaan dengan cepat dan selamat? Di bawah ini, kami akan menerangkan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan cara perbaharui lesen perniagaan yang perlu Anda ketahui.

Cara Renew SSM Online

Cara Perbaharui SSM di Kaunter

Adakah Anda tahu bahawa permohonan pembaharuan perniagaan boleh dilakukan di kaunter SSM, Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Ezbiz Kiosk?

Sekiranya rumah Anda berdekatan dengan salah satu tempat diatas, Anda boleh cuba renew lesen perniagaan SSM di tempat tersebut.

Apa yang perlu saya siapkan untuk perbaharui perniagaan di SSM? Berikut senarai syarat, fi dan dokumen yang perlu Anda siapkan.

Prosedur Permohonan Pembaharuan Perniagaan

Perniagaan berdaftar perlu memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan dengan mengemukakan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (BORANG A1).

  • Lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (BORANG A1).
  • Orang Yang Bertanggungjawab iaitu pemilik atau salah seorang rakan kongsi menandatangani Borang A1.
  • Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.

Syarat Pembaharuan Perniagaan

Syarat di bawah ini perlu Anda penuhi untuk renew lesen perniagaan Anda.

  • Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
  • Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.

Fi Pembaharuan Perniagaan

Ramai yang tanya, berapa kos bayaran pembaharuan perniagaan di SSM? Berikut maklumat yang Anda perlu tahu.

  • RM30.00 – Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan.
  • RM60.00 – Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred.
  • RM5.00 – Pendaftaran cawangan.
  • RM10.00 – Cetakan Maklumat Perniagaan.

Dokumen

Dokumen yang perlu Anda bawa untuk renew lesen perniagaan SSM iaitu MyKad/IC.

Panduan AM

Sila baca secara seksama panduan AM untuk pembaharuan perniagaan dibawah:

  • Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minitdari waktu pembayaran dibuat.
  • Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun.
  • Seseorang yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.

Cara Pembayaran Pembaharuan Perniagaan

Renew SSM OnlineSelepas Anda membaca dan mengetahui syarat, fi, dokumen dan panduan AM, langkah seterusnya iaitu sila pergi ke salah satu tempat di bawah ini:

  • Kaunter SSM
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
  • Ezbiz Kiosk

Sila ambil nombor beratur, tunggu sampai nama Anda dipanggil pegawai kaunter, selepas itu sila isi borang yang diberikan oleh pegawai kaunter. Seterusnya sila buat pembayaran untuk pembaharuan perniagaan.

Untuk pembayaran renew lesen perniagaan dengan cepat, Anda boleh guna mesin layan diri Ez Biz. Seterusnya sila buat pembayaran untuk pembaharuan pendaftaran perniagaan di mesin EzBiz.

Untuk menggunakan perkhidamatan ini Anda mestilah berdaftar terlebih dahulu. Sekiranya Anda sudah berdaftar, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini.

  1. Sentuh Skrin Ez Biz.
  2. Pilihan Bahasa Malaysia.
  3. Masukkan Mykad (IC).
  4. Imbas Ibu Jari.
  5. Tarfik Keluar MyKad.
  6. Masukkan Nombor Telefon Anda, tekan seterusnya.
  7. Pilih Perkhidmatan (Pembaharuan, Info, Kompaun).
  8. Pilih (Pemilik Niaga atau Pihak Ketiga, Jikal Wakil Masukkan No Perniagaan), tekan Pilih.
  9. Amaun.
  10. Tekan Setuju.
  11. Tekan Tunai @ Kad Debit/Kad Kredit.
  12. Masukkan Duit satu persatu.
  13. Ambil Resit atau Ambil Baki.
  14. Tekan tiada jika tiada transaksi lain.
  15. Tekan Cemerlang.
  16. Ambil Dokumen.
  17. Selesai.

Baca panduan cara daftar SSM online

Cara Renew SSM Online

Sekiranya Anda sudah memiliki akaun berdaftar di SSM Online, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini untuk renew SSM online.

  1. Buka laman ezbiz.ssm.com.my.
  2. Masukkan username dan password dan kod yang terlihat.Login Portal SSM Online
  3. Sila pilih menu My Business Services > Renewal by Owners.Cara Perbaharui Lesen Perniagaan SSM Online
  4. Sila pilih syarikat dan klik butang renew yang ingin Anda perbaharui.Renew Lesen Perniagaan Secara Online
  5. Paparan maklumat perniagaan akan terbuka, sila scroll sampai bahagian bawah, Renewal Form.Panduan Renew Lesen Perniagaan SSM Online
  6. Pada bahagian ini Anda akan dipaparkan maklumat Tarikh luput, Business info dan lain-lain. Business Info – Kalau ingin salinan dokumen Business Info, pilih YES dan Anda dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM10.60 (harga termasuk 6% GST). Jika tidak perlu, pilih NO.
  7. Sila pilih berapa masa yang mahu Anda renew, 1,2,3,4 atau 5 tahun.
  8. Sila tick pada kotak I confirm.
  9. Tekan butang Proceed to Payment.
  10. Sila pilih jenis pembayaran yang Anda mahu, Pay Online atau Pay Over The Counter.Pembayaran Pembaharuan SSM Online
  11. Senarai bank yang boleh digunakan untuk pembayaran pembaharuan lesen perniagaan online iaitu Public Bank, Bank Rakyat, Maybank, Affin Bank, Ambank, RHB Bank, CIMB, OCBC, UOB, BSN, HSBC, Bank Muamalat, Standard Chartered, Bank Islam dan Hong Leong Bank.
  12. Ambil contoh kita guna Maybank2u untuk buat pembayaran.Cara Bayar SSM Online
  13. Sila login maybank2u, semak detail bayaran dan request TAC. Seterusnya sila buat bayaran.Pembayaran Pembaharuan Perniagaan Maybank2u

Cara Dapatkan Sijil Perniagaan SSM

Sekiranya Anda memerlukan sijil perniagaan SSM, Anda boleh muat turun sijil tersebut melalui ezbiz.ssm.com.my.

  1. Buka laman ezbiz.ssm.com.my.
  2. Masukkan username dan password dan kod yang terlihat.
  3. Sila pilih menu My Business Services > Renewal History.Cara Dapatkan Sijil Perniagaan SSM
  4. Tekan ikon di bahagian Action untuk lihat Renewal Detail.Cara Muat Turun Sijil Perniagaan SSM
  5. Scroll ke bawah, akan nampak butang Download Certificate dan Download Business Info.Cara Download Sijil Perniagaan SSM
  6. Tekan butang itu untuk download sijil dan simpan. Seterusnya Anda boleh print.
  7. Pastikan Anda muat turun segera sijil SSM yang Anda renew, maksimum 14 hari selepas renew. Selepas 14 hari, link muat turun tersebut tidak boleh digunakan.

Itulah beberapa cara renew lesen perniagaan yang mesti Anda lalui untuk mendapatkan perakuan kesahan. Dengan adanya sistem untuk memperbaharui lesen perniagaan secara online, renew lesen perniagaan menjadi lebih mudah dan cepat.