Cara Reset Password MySejahtera Lupa Kata Laluan

Kami akan kongsikan cara untuk reset password Mysejahtera. Kepada anda yang tak ingat password dan terlupa kata laluan untuk login akaun MySejahtera, anda boleh semak artikel ni.

MySejahtera adalah aplikasi yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di Malaysia dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Berikut step cara reset kata laluan aplikasi MySejahtera agar Anda boleh login kembali.

Cara Reset Password MySejahtera

Cara Reset Password Mysejahtera Guna SMS

Berikut kami kongsikan langkah cara reset password MySejahtera melalui SMS.

  1. Anda perlu klik pada bahagian Forgot Password
  2. Lalu pada skrin seterusnya, anda bisa reset password guna ID Nombor Telefon
  3. Seterusnya bila anda guna ID Nombor Telefon, anda boleh masukkan nombor telefon anda pada kotak yang disediakan. Untuk lanjut anda klik butang Submit Reset Password Mysejahtera via OTP SMS
  4. Lalu anda Klik butang Done, untuk Reset Password yang dihantar ke SMS Reset Password Mysejahtera via SMS
  5. Seterusnya anda tengok SMS berupa link Reset Password. Anda klik link Reset Password tersebut, nanti dia akan automatik bawa anda ke browser internet. Cara Reset Password Mysejahtera via SMS
  6. Tunggulah sejenak sampai browser nak muncul Cara Reset Password Mysejahtera using OTP SMS
  7. Kemudian isikan Password terbaru anda dan isikan kembali Password terbaru anda. Lalu klik pada butang Reset Password Reset Password Mysejahtera using OTP SMS
  8. Tahniah! Anda telah berjaya Reset Password MySejahtera

Reset Password Mysejahtera using SMS

Cara Reset Password Mysejahtera Melalui Email

Bagi anda yang menggunakan ID alamat email, stepnya hampir sama tapi anda akan menerima link reset password di mesej email anda. Anda klik link tersebut dan boleh buat reset password atau membaharui password MySejahtera.

Langkah reset kata laluan MySejahtera.

  1. Pertama sekali, sila buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik Forget Password
  3. Klik My User ID is an Email
  4. Selepas itu sila masukkan emel anda dan klik Submit
  5. Setelah itu, Anda akan terima emel dari MySejahtera, dan klik link pada emel tersebut
  6. Setersunya, masukkan Kata Laluan baru anda pada ruangan Password
  7. Kemudian sekali lagi masukkan Kata Laluan anda pada ruangan re-enter Password
  8. Tekan pada Reset Password
  9. Dah selesai, sekarang Anda boleh log masuk menggunakan password yang baru

Apabila Anda ingin pindah akaun atau padam akaun MySejahtera, boleh baca artikel cara pindah akaun tanggungan MySejahtera.

Tak Boleh Masuk MySejahtera Selepas Reset Password

Sekiranya Anda masih lagi tak boleh log masuk MySejahtera selepas reset password, Anda boleh ikuti langkah dibawah.

  1. Sila klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
  2. Tekan butang Mula,
  3. Pada bahagian MySejahtera: Bagaimana kami boleh membantu anda? akan ada beberapa pilihan:
    • A Saya tidak dapat mendaftar
    • B Saya tidak boleh log/akses masuk ke aplikasi
    • C Saya menghadapi masalah untuk mengimbas kod QR/ daftar masuk
    • D Saya ingin bertanya mengenai kategori risiko / penilaian kesihatan
    • E Saya ingin mengemaskini maklumat peribadi
    • F Saya telah disahkan positif COVID 19 positif dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM
    • G Saya perlu maklumat mengenai VAKSIN – COVID 19
    • H Hal-hal lain?
  4. Sila Pilih B akan keluar beberapa pilihan lain. MySejahtera akan memberikan solusi
  5. Apabila masih lagi tidak menjawab persoalan Anda, klik Ia tidak berfungsi
  6. Selepas itu sila masukkan no telefon atau email agara pihak My Sejahtera boleh menghubungi anda. Tekan butang Hantar
  7. Selesai

Anda juga boleh gunakan ciri Submit a Ticket untuk menyelesaikan masalah Anda.

Sila klik pautan berikut https://helpdesk.mysejahtera.malaysia.gov.my/ms/support/tickets/new

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai cara reset password Mysejahtera

1. Saya sudah buat macam yang anda tunjuk dalam artikel ini, tapi tidak boleh Submit, saya sudah tekan submit tapi tidak ada progres, macam mana?

Biasanya sebab sistem MySejahtera sedang bermasalah, nanti anda cuba semula ya

2. Tadi saya nak tukar nombor baru yang lain, jadi bila saya nak login harus guna nombor lama, tak boleh log in guna nombor baru, macam mana saya untuk login?

Coba anda login semula ya, pada bahagian ID anda masukkan nombor telefon anda yang lama

3. SMS tu kena tunggu berapa lama ya?

Biasanya kejap je, salam 1 jam ataupun 1 hari tapi sekarang nie sistem sedang mengalami ganguan, anda boleh cuba buat semula ye, coba buat bukan dalam waktu puncak. contohnya pukul 7 pagi