Cara Topup Kredit Prepaid U Mobile Guna Touch N GO

Anda suka guna kredit prepaid kan? Memanglah senang, tapi kadang-kadang nak topup tu agak mengelirukan. Tapi jangan risau, sebab sekarang Anda boleh topup kredit prepaid Anda dengan lebih mudah melalui Touch n Go.

Touch n Go, yang dikenali sebagai syarikat pembayaran tunai tanpa sentuh, kini menawarkan perkhidmatan untuk Anda topup kredit prepaid secara mudah dan pantas.

Cuma perlu pastikan Anda mempunyai aplikasi Touch n Go eWallet di telefon pintar Anda dan baki yang mencukupi ye. Untuk topup kredit prepaid Anda melalui Touch n Go, ikut sahaja langkah-langkah berikut:

Cara Topup Kredit Prepaid TNG eWallet

Cara Topup Kredit Prepaid Guna Touch N GO eWallet

Anda salah satu pengguna U Mobile, Digi, Celcom, Maxis, Tune Talk ? Kalau ya, sekarang Anda boleh topup kredit Anda dengan lebih mudah dan cepat melalui Touch n Go eWallet. Tak payah nak keluar rumah atau pergi ke kedai topup lagi.

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada Prepaid.
    Cara Topup Kredit Prepaid TNG eWallet
  2. Kemudian, tekan sekali lagi Prepaid.
    Cara Topup Kredit Prepaid TNG eWallet
  3. Pada bahagian ini, masukkan saja Nombor Telefon yang ingin ditambah nilai pada ruangan yang disediakan atau Anda boleh sahaja gunakan senarai Contact Number yang telah disimpan dengan menekan pada butang ini.
  4. Selepas itu, Anda perlu memilih Operator atau Telco untuk tambah nilai ini dari senarai yang diberikan.
  5. Seterusnya, Anda perlu memilih Amaun Kredit Tambah Nilai tersebut dari senarai yang diberikan ini.
  6. Sekiranya sudah selesai, tekan Top Up dan lengkapkan saja proses pengesahan sekuriti tersebut sehingga selesai.
    Cara Topup Kredit Prepaid TNG eWallet
  7. Akhir sekali, ia akan paparkan Status Tambah Nilai tersebut.
    Cara Topup Kredit Prepaid TNG eWallet
  8. Kebiasannya, proses nambah nilai kredit ini mengambil masa beberapa minit saja.
  9. Selesai.

Dengan hanya beberapa klik di telefon pintar Anda, Anda sudah boleh topup kredit prepaid Anda dengan mudah dan pantas.

Sekiranya Anda perlukan kad Visa Touch N GO, Anda boleh follow step cara apply kad Visa Touch N Go secara online.

Lagi satu kelebihan topup melalui Touch n Go ialah Anda boleh gunakan baki eWallet Anda untuk membayar topup, jadi Anda tak perlu risau tentang kekurangan wang tunai di dompet Anda.