Cara Transfer Duit RHB

Posted on

Cara transfer duit melalui ATM dan online sangat mudah dilakukan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang akan berfikir demikian.

Malah, masih banyak orang yang merasa sukar untuk memindahkan duit melalui ATM dan secara online, jadi mereka masih bergantung kepada teller bank dalam melakukan transaksi.

Sebagai salah sebuah bank terbesar di Malaysia, RHB sudah mempunyai rangkaian ATM yang tersebar ke semua bandar di Malaysia.

Cara Transfer Duit RHB
Cara Transfer Duit RHB

Cara Transfer Duit RHB Melalui ATM

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cara transfer wang melalui ATM RHB agak mudah. Anda hanya perlu mengikuti arahan yang dipaparkan pada skrin monitor.

Berikut adalah contoh jika Anda mahu memindahkan wang melalui ATM RHB.

Cara Transfer Wang RHB ke RHB

  1. Masukkan kad ATM
  2. Pilih bahasa Malaysia/English
  3. Masukan nombor PIN
  4. Pilih menu transfer
  5. Masukkan nombor akaun tujuan
  6. Tekan ya jika betul
  7. Masukkan jumlah duit yang ingin di transfer
  8. Tekan ya jika betul
  9. Selesai

Cara Transfer duit RHB ke Bank Lain

  1. Masukkan kad ATM
  2. Pilih bahasa
  3. Masukan nombor PIN
  4. Pilih menu transfer
  5. Pilih menu transfer ke bank lain
  6. Pilih bank tujuan
  7. Masukkan nombor akaun tujuan
  8. Tekan ya jika betul
  9. Masukkan jumlah duit yang ingin di transfer
  10. Tekan ya jika betul
  11. Selesai

Cara Transfer Duit RHB Online

Kewujudan internet banking RHB dapat memudahkan Anda menjalankan pelbagai jenis transaksi seperti pembelian kredit, elektrik, bil bulanan, pembayaran bil e-commerce, dan sebagainya.

Anda boleh melakukan transfer duit dimanapun dan pada bila-bila masa.

Sekiranya Anda belum mempunyai internet banking RHB, sila untuk daftar dahulu.

Panduan cara daftar akaun RHB online banking

Tetapi jika Anda sudah mempunyai akaun internet banking, sila ikuti langkah-langkah cara transfer wang RHB online berikut:

Transfer Wang RHB ke Bank Lain

  1. Buka laman https://logon.rhb.com.my
  2. Klik menu Fund TransferTransfer Duit RHB Online
  3. Klik menu Instant Transfer
  4. Klik Open Transfer
  5. Pilih bank tujuan transfer dan isi butiran maklumat yang terpaparCara Transfer Duit RHB Online
  6. Klik Preview
  7. Masukkan On Time Password, klik SubmitKod On Time Password RHB
  8. Selesai

Transfer Wang RHB ke RHB

  1. Buka laman https://logon.rhb.com.my
  2. Klik menu Fund TransferTransfer Duit RHB Online
  3. Klik menu Other RHB AccountTransfer Wang RHB ke RHB
  4. Klik Open Transfer
  5. Pilih isi butiran maklumat yang terpapar
  6. Klik Preview
  7. Masukkan On Time Password, klik Submit
  8. Selesai

Aplikasi RHB Mobile Banking

RHB Mobile Banking TransferRHB Mobile Banking rasmi dilancarkan oleh bank RHB untuk menyokong aktiviti transaksi pelanggan. Anda boleh mendapatkan aplikasi ini di Google Playstore (Android) dan App Store (iOS).

Anda boleh login ke aplikasi RHB Moblie Banking menggunakan fingerprint atau PIN.

Banyak ciri-ciri tertanam dalam aplikasi RHB ini yang termasuk berikut:

  • Fund Transfers
  • Payments
  • Savings Account
  • Transactions History
  • Topup

Dan masih banyak lagi ciri yang boleh Anda cuba.

Cara Transfer Duit RHB Mobile Banking

Sila muat turun aplikasi RHB Mobile banking, seterusnya ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila login ke RHB Mobile Banking
  2. Klik menu RHB Pay Anyone
  3. Sila pilih transfer via Mobile/Email/Facebook
  4. Anggap sahaja transfer via MobileMoney Transfer RHB Bank
  5. Masukkan nombor tujuan
  6. Masukkan amount yang ingin ditransferTransfer Wang RHB Mobile Banking
  7. Klik Preview
  8. Masukkan kod OTP
  9. Klik Submit

Cara semak baki akaun RHB bank secara online

Itulah beberapa cara transfer duit RHB ke RHB dan bank lain, sila pilih cara paling mudah menurut Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *