Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat iRakyat

Anda semua pernah tak mengalami situasi di mana duit dalam akaun Tabung Haji Anda terlalu banyak sampai Anda nak guna pun takut?

Atau mungkin Anda nak beli rumah atau buat bisnes tapi terperangkap sebab duit tak boleh keluar dari akaun Tabung Haji?

Jangan risau, sebab sekarang ni Tabung Haji dah ada perkhidmatan untuk transfer duit ke Bank Rakyat.

Bagi sesetengah orang, memasukkan duit ke Tabung Haji merupakan satu langkah penting dalam menabung untuk keperluan umrah atau haji

Tetapi bila duit dalam akaun Tabung Haji sudah mencapai had tertentu, ia mungkin boleh menyukarkan kehidupan harian Anda.

Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat

Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat Secara Online

Dengan adanya perkhidmatan transfer duit Tabung Haji ke Bank Rakyat, Anda boleh menarik balik duit dari akaun Tabung Haji dan memindahkannya ke akaun Bank Rakyat dengan mudah.

Cara ini akan memudahkan urusan Anda dalam menguruskan kewangan dan menjimatkan masa.

Untuk tutorial pemindahan duit dari tabung haji ke Bank Rakyat kali ni, kami akan menggunakan aplikasi iRakyat.

  1. So macam biasalah Anda perlu buka aplikasi Bank Rakyat.
  2. Dekat sini Anda boleh klik bahagian Tabung Haji.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  3. Dan Anda perlu pastikan Username yang dipaparkan adalah betul. Kalau betul, Anda klik Anda klik pada bahagian Next.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  4. Untuk bahagian MySecurePhrase, sila pastikan SecurePhrase yang dipaparkan adalah betul kepunyaan Anda.
  5. Kalau betul Anda klik Next lagi sekali.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  6. Dekat sini Anda perlu masukkan Password iRakyat Anda. Bila dah siap Anda klik Next.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  7. Pada halaman seterusnya ni Anda kena klik pada Own Fund Transfer, sekiranya Anda nak transfer daripada akaun Tabung Haji Anda ke akaun Bank Rakyat Anda sendiri.
  8. Lepas tu dekat sini Anda pilih pada akaun Tabung Haji Anda.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  9. Dan untuk bahagian Transfer to ni, Anda kena pilih akaun Bank Rakyat Anda.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  10. Seterusnya Anda masukkan Amount yang Anda transfer dari akaun Tabung Haji daripada akaun Bank Rakyat.
  11. Bila dah siap, Anda klik pada bahagian Proceed.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  12. Lalu Anda taip apa-apa sahaja dalam bahagian Remarks.
  13. Lepas tu Anda klik pada butang Proceed.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  14. Sila semak kembali Transfer Details Anda.
  15. Lepas dah siap, Anda klik pada bahagian Confirm.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  16. Status dia adalah Successful, artinya Anda telah berjaya transfer duit dari tabung haji ke akaun Bank Rakyat.
  17. Bila Anda nak buat transfer lain, Anda boleh klik pada bahagian Make Another Transfer.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App

Cara Transfer Duit Tabung Haji ke Akaun Bank Lain

Macam mana kalau kita nak transfer daripada akauan tabung haji kita ke akaun Bank Rakyat orang lain?

Contohnya, macam kita nak transfer ke akaun Bank Rakyat ibu Anda ataupun kawan Anda, ataupun Anda Anda nak transfer ke suami Anda ataupun isteri Anda, okey cara dia simple sahaja.

  1. Dalam bahagian utama aplikasi Tabung Haji, Anda kena klik pada bahagian Third Party Fund Transfer.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  2. Seterusnya Anda klik pada bahagian akaun Bank Rakyat Anda.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat via App
  3. Lepas tu Anda klik pada Menu New Transfer. Sila isi semua maklumat yang dipaparkan.
  4. Bila dah siap, Anda klik pada butang Proceed.
    Cara Transfer Duit Tabung Haji Ke Bank Rakyat guna Online App

Pastikan Anda mengikuti langkah-langkah yang betul dan memasukkan maklumat yang tepat untuk memastikan transaksi berjaya. Dan pastikan juga Anda telah berjaya link akaun Tabung Haji dengan Bank Rakyat.

Jangan lupa untuk mengambil perhatian terhadap caj-caj dan had transaksi yang dikenakan oleh Tabung Haji dan Bank Rakyat.