Cara Tukar Background Google Meet

Jika Anda mengadakan perjumpaan maya (meeting virtual) menggunakan aplikasi Google Meet dengan aktifkan kamera, tentu sahaja background yang dipaparkan akan sesuai dengan yang ada di belakang Anda.

Sekiranya Anda merasa bosan/penat dengan background Google Meet, jangan risau, Anda boleh menukar background Google Meet dengan gambar yang Anda mahu. Contohnya dengan gambar logo syarikat/sekolah, gambar hutan, atau gambar lain.

Ada pelbagai jenis ciri yang dapat Anda pilih, seperti ciri kabur, dan juga ciri lain yang telah disediakan oleh Google Meet. Cara tukar background google meet dapat dilakukan pada telefon bimbit atau peranti komputer riba dengan syarat spesifikasi peranti sesuai dengan apa yang telah ditentukan. Agar Anda tahu bagaimana nak tukar background kat Google Meet, berikut kami share langkah-langkah cara menukar background di Google Meet.

Cara Tukar Background Google Meet

Cara Tukar Background Google Meet di Telefon Bimbit

  1. Buka aplikasi Google Meet yang telah dipasang di telefon bimbit.
  2. Sila buat meeting baru atau sertai perjumpaan/meeting.
  3. Tap ikon effects di sudut kanan bawah, senarai effect background akan terpapar. Tukar Background Google Meet
  4. Tap salah satu effect/background yang Anda inginkan.
  5. Tap X (close) untuk mula menggunakannya.

Sekiranya Anda tidak dapat menukar latar belakang pada telefon bimbit Anda, mungkin telefon bimbit Anda tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan oleh Google Meet.

Cara Tukar Background Google Meet di Laptop

  1. Buka laman Google Meet meet.google.com
  2. Pastikan Anda log masuk dengan akaun google Anda, kemudian klik New Meeting.
  3. Klik Start an instant meeting.
  4. Pilih ikon titik tiga di bahagian bawah.
  5. Kemudian klik option Change Background. Cara Menukar Background Google Meet
  6. Pilih background yang Anda mahukan.

Tak Boleh Tukar Background Google Meet

Terdapat beberapa sebab mengapa Anda tidak dapat tukar latar belakang di Google Meet.

1. Apps Google Meet tidak menggunakan versi terkini

Cuba kemas kini aplikasi dari Google Play untuk mendapatkan versi terbaru.

2. Google Chrome 32 bit

Jika Anda menggunakan Google Chrome dan muncul pemberitahuan yang berbunyi “Penyemak imbas Anda adalah 32-bit. Tidak dapat menyokong kesan latar belakang ” ini bermaksud bahawa Google chrome tidak dapat digunakan untuk Google Meet. Oleh itu, Anda mesti check versi Google chrome Anda dengan cara klik tiga titik di sudut kanan, pilih tetapan, pilih Tentang Chrome dan lihat versi Google chrome Anda 64bit atau 32 bit.

Sekiranya Google chrome Anda versi 32 bit, Anda mesti memuat turun Chrome versi 64 sehingga menyokong Google Meet.

Untuk menukar background Google meet tidaklah sukar, hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer riba tanpa memerlukan skrin hijau Anda sudah boleh melakukannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *