Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam Online

DuitNow QR Bank Islam ialah rangkaian pembayaran dengan kod respons pantas yang membantu peniaga menerima pembayaran melalui aplikasi berasaskan QR di Malaysia. Hanya imbas kod QR yang disediakan, proses transaksi boleh dilakukan dengan mudah.

Itulah sebabnya, ramai peniaga menggunakan ciri DuitNow QR untuk memudahkan transaksi dengan pelanggan mereka.

Menggunakan DuitNow QR mempunyai pelbagai kelebihan antaranya:

  • Laporan transaksi dan pembayaran penjejakan terperinci dan komprehensif.
  • Setiap transaksi boleh dilakukan secara langsung dan tepat pada masanya (real-time).
  • Praktikal kerana ia boleh dicetak atau dipaparkan mengikut keperluan.

Namun, ada beberapa orang yang ingin deactivate DuitNow QR Bank Islam kerana suatu alasan/hal. Pada artikel kali ini kami akan kongsikan cara untuk deactivate ataupun menyahaktifkan fungsi DuitNow QR guna aplikasi GO by Bank Islam.

Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam

Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam

Sila ikuti step cara disable fungsi DuitNow QR Bank Islam di bawah ini.

  1. Seperti biasa anda nak buka dulu aplikasi GO. by bank islam. Kemudian Anda perlu login akaun Bank Islam biz Anda.
  2. Yang mana Anda perlu masukkan Password, kemudian anda klik Login.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam guna Go By Bank Islam
  3. Pada paparan utama dalam aplikasi go by Bank Islam.
  4. Untuk anda menyahaktifkan fungsi DuitNow QR, Anda perlu klik dekat bahagina menu.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam via Go By Bank Islam
  5. Lepas tu anda perlu cari bahagian Settings.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam gunakan Go By Bank Islam
  6. Dan dekat sini anda perlu kebahagian DuitNow QR, so anda klik DuitNow QR.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam using Go By Bank Islam
  7. Untuk anda menyahaktifkan fungsi DuitNow QR ni anda perlu klik pada bahagian De-Register.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam via Go By Bank Islam Online
  8. Nanti dia akan keluar dialog box macam ni, so apa yang anda perlu buat adalah anda klik je OK.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam using Go By Bank Islam App
  9. Lepas tu anda perlu klik Approve, so anda dah pun selesai mematikan ataupun deaktif fungsi duitnow qr code untuk GO by Bank Islam.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam guna Go By Bank Islam App
  10. Simple sahaja kan step dia.
    Cara Disable Fungsi DuitNow QR Bank Islam guna Go By Bank Islam Apps

Kalau nak aktifkan balik kena caj tak? Tak kena pun, free sahaja. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Center Bank Islam di:

  • General Line: +603-2088-8000
  • Contact Centre: +603-26-900-900
  • Email: contactcenter@bankislam.com.my

Baca juga cara bayar bil dan guna JomPay Bank Islam. Jadi setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ni dapar membantu anda.