Cara Download Penyata Akaun Maybank Online Print

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan bagaimana cara untuk mendapatkan atau mendownload penyata akaun ataupun statement Maybank melalui Maybank2u. Jadi lepas ni kita tak perlu ke kaunter Maybank semata-mata untuk mendapatkan penyata akaun.

Dalam artikel ini kami akan tunjukkan untuk Maybank2u versi yang baru dan juga Maybank2u versi lama. Selain muat turun penyata Maybank Anda juga boleh dapatkan penyata akaun Maybank dalam bentuk file PDF, selepas itu Anda boleh print penyata akaun Maybank PDF tersebut.

Cara Download Penyata Akaun Maybank
Cara Download Penyata Akaun Maybank

Apa Itu e-Statement Maybank?

e-Statement Maybank merupakan borang dalam talian ataupun soft copy Penyata Akaun Perbankan Konvensional dan Islamik Anda.

Pelanggan Maybank dapat melihat penyataan akaun melalui 2 cara ini:

  • Guna Maybank2u: boleh dilihat dalam talian
  • Guna e-mel: e-Penyata Anda akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar Anda

Cara Dapatkan Statemen Maybank Melalui Email

Sila log masuk akaun Maybank2u Anda, kemudian ikuti langkah berikut.

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Pilih e-Bills & Statements
  3. Pilih Statements
  4. Pilih alamat e-mel yang ingin digunakan untuk tujuan penerimaan penyata
  5. Masukkan kata laluan.
  6. Maybank2u.com akan menghantar bank statement melalui e-mel rasmi m2u@stmts.maybank2u.com.my
  7. Selesai

Untuk melihat penyata bank yang dihantar ke email Anda, Anda mesti mempunyai aplikasi PDF reader.

  1. Buka attachment penyata Maybank dalam e-mel tersebut
  2. Masukkan password sila lihat dalam isi e-mel
  3. Print, save atau simpan dalam HP, komputer atau laptop untuk rujukan Anda

Cara Dapatkan Penyata Akaun Maybank Online

Untuk versi yang baru halaman utama Maybank2u adalah macam ni.

1. Masukkan Username, lalu tekan Login.

Cara Download Penyata Akaun Maybank2u Versi Baru
2. Lalu pastikan frasa keselamatan adalah betul, dan bila betul tekan Yes.

Cara Download Penyata Akaun Maybank Skrin Baru
3. Lepas tu Anda perlu masukkan Password dan tekan Login.

Cara Download Penyata Akaun Maybank2u Skrin Baru
4. Dan untuk mendapatkan penyata atau statement bank, Anda perlu tekan ikon titik tiga.

Download Penyata Akaun Maybank Skrin Baru
5. Klik View Statements.

Download Penyata Akaun Maybank Versi Baru
6. Dan nanti akan keluar penyata terbaru. Di pojok kanan atas skrin, Anda boleh pilih statement date.

Download Penyata Akaun Maybank2u Skrin Baru
7. Seterusnya Anda boleh Download Penyata Akaun, pada ikon muat turun pada skrin.

Muat Turun Penyata Akaun Maybank Skrin Baru

Cara Download Penyata Akaun Maybank Versi Lama

Bagi mereka yang guna old version ataupun versi lama.

1. Klik pada Back the Classic Maybank2u.

Cara Download Penyata Akaun Maybank Versi Lama
2. Lepas tu anda perlu masukkan Username, klik Next

Cara Download Penyata Akaun Maybank2u Versi Lama
3. Lalu masukkan Password.
4. Setersunya tekan butang Login.

Cara Download Penyata Akaun Maybank Skrin Lama
5. Dan pada halaman Maybank2u, klik e-Bills & Statements

Muat Turun Penyata Akaun Maybank Skrin Lama
6. Klik Statements

 

Muat Turun Penyata Akaun Maybank Skrin Lama
7. Lalu klik Accept

 

Muat Turun Penyata Akaun Maybank2u Skrin Lama
8. Lepas tu Anda pilih Savings Account atau Akaun Simpanan

Muat Turun Penyata Akaun Maybank2u Versi Lama
9. Anda tekan Select Account, dan pilih No Akaun
10. Seterusnya korang pilih Statement Date

Muat Turun Penyata Maybank Skrin Lama
11. Lepas tu Anda klik butang Get Statement

 

Muat Turun Penyata Maybank2u Skrin Lama
12. Korang boleh pilih View Statement atau Download Statement

 

Muat Turun Penyata Maybank2u Versi Lama
13. Jika Anda klik butang Download Statement, automatik penyata akan di download.

Cara Print Penyata Mini Maybank di ATM

Sekiranya Anda ingin dapatkan penyata bank Maybank di ATM, Anda boleh ikuti langkah yang kami kongsikan berikut.

Untuk makluman, Penyata Bank di ATM hanya mengandungi 10 urusniaga terkini akaun.

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan tekan PIN
  3. Tekan Lain- lain Urusniaga
  4. Tekan Lain- lain Perkhidmatan
  5. Tekan Penyata Ringkas
  6. Satu resit akan dikeluarkan mengandungi urusniaga akaun tersebut.

Cara Muat Turun Penyata Maybank Melalui Aplikasi Maybank2U

Pertama sekali, sila muat turun aplikasi Maybank2u di Google Playstore atau App Store, selpas itu sila buat pendaftaran.

Lepas tu, ikuti langkah ini:

  1. Sila buka aplikasi Maybank2u di HP Anda.
  2. Masukkan Username dan Password.
  3. Klik Statement untuk melihat penyata akaun Maybank Anda.
  4. Klik View untuk melihat penyata bank secara detail dalam masa 1-3 bulan terdahulu.

Baca juga cara kemaskini no telefon Maybank untuk dapatkan kod TAC atau Secure2u.

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai penyata akaun Maybank.

1. Boleh dapat ke statement akaun untuk bulan 6 dan 7 jika saya pergi ke kaunter. Takut kalau pergi sana tiba-tuba bank tak boleh keluar kan jugak statement akaun untuk bulan 6 dan 7 tu.

Sila pergi ke kaunter untuk dapatkan statamen bank yang Anda inginkan. Perkhidmatan maybank2u hanya akan generated 3 bulan sekali untuk statemet akaun.

2. Statement bank kalau hantar kat orang untuk apa-apa urusan yang berkaitan, ada effect apa-apa tak dekat akaun kita?

Tada effect apa pun, tapi seeloknya dekat statement tu Anda buat palang (urusan pembelian kereta – contoh jela ye). Kalau tak ada orang boleh guna statement Anda untuk buat sebagai penjamin ataupun apa-apa la, better berhati2 ye.

3. Berapa lama ambil masa untuk keluar statement untuk bulan terkini?

Biasanya 10haribulan statement terkini bulan 3 ye, bulan 6 akan keluar pada 10/7/22

Jadi, itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga perkongsian ini dapat bermanfaat untuk Anda. Jika Anda ingin dapatkan maklumat lanjut tentang cara print bank statement Maybank ini, Anda boleh hubungi hotline Maybank di talian 1300 88 6688 atau rujuk laman web Maybank2u.