Cara Dapatkan ID Sementara Public Bank Online PBe

Perkhidmatan perbankan internet PBe merupakan perkhidmatan yang telah diperkenalkan oleh Public Bank sebagai salah satu cara untuk memudahkan untuk urusan para pelanggan mereka.

Bagi pemegang akaun Public Bank, untuk Anda menggunakan perkhidmatan PBe, Anda perlu lah membuat pendaftarn sebagai pengguna PBe terlebih dahulu.

Cara Dapatkan ID Sementara Public Bank Online PBe

ID Sementara Public Bank Online PBe

Kalau sebelum ni kita boleh membuat pendaftaran hanya dengan menggunakan kad ATM ataupun kad debit, sekarang ni Anda boleh gunakan ID Sementara atau Temporary ID.

So untuk artikel kali ini kami akan kongsikan 2 cara untuk dapatkan ID Sementara untuk PBe Anda.

Dapatkan ID Sementara Public Bank via Kaunter

Cara yang pertama, melalui kaunter, kaunter Public Bank menyediakan perkhidmatan perbankan untuk pelanggan.

Di kaunter Public Bank, pelanggan boleh membuat pelbagai jenis transaksi seperti pengeluaran tunai, deposit wang, bayaran bil, pengeluaran cek, pembayaran ansuran dan mohon temporary ID (ID Sementara PBe).

  1. Untuk cara ni Anda perlu hadir kemana-mana Cawangan Public Bank.
  2. Lepas tu Anda perlu memaklumkan kepada pegawai yang bertugas, yang Anda ingin membuat pendaftaran akaun PBe ataupun Public Bank Online Banking.
  3. Nanti Anda perlu mengisi satu borang dan bila dah lengkap pegawai tersebut akan membantu Anda, sehinggalah Anda mendapatkan ID Sementara.
  4. Lepas tu Anda boleh lah membuat pendaftaran akaun untuk Public Bank Online Banking ataupun PBe.

Dapatkan ID Sementara Public Bank Guna Mesin ATM

Mesin ATM Public Bank adalah mesin automatik yang menyediakan perkhidmatan perbankan seperti pengeluaran tunai, pindahan wang, semakan baki akaun, pembayaran bil, dapatkan ID Sementara PBe dan banyak lagi.

ATM Public Bank boleh didapati di pelbagai lokasi, seperti di cawangan Public Bank, pusat beli-belah, stesen minyak, stesen kereta api dan tempat-tempat awam lain.

  1. Untuk cara ni semestinya Anda perlu ke mesin ATM Public Bank.
  2. Lepas tu pada mesin ATM tu, Anda perlu masukkan kad debit Anda pada bahagian yang disediakan.
  3. Sila pilih menu Bahasa.
  4. Lepas tu Anda perlu masukkan 6 Digit Kad ATM ataupun kad debit Anda.
  5. Lepas dah masukkan nombor PIN tu, Anda perlu pilih Jenis Akaun Bank Anda.
  6. Kami punya Akaun Simpanan, so kami akan pilih pada Saving Account.
  7. Seterusnya dekat paparan ni Anda perlu pilih Other Aervices.
    Dapatkan ID Sementara Public Bank via ATMs Machine
  8. Dan dekat sini Anda perlu pilih Register Internet Banking.
    Dapatkan ID Sementara Public Bank guna ATM Machine
  9. Dekat sini dia akan keluar satu Reminder, untuk pemegang akaun bersama Anda perlu dapatkan ID Sementara Anda, melalui Kaunter.
  10. Untuk yang baru daftar kali pertama, ID Sementara Anda akan dicetak pada Slip, so seterusnya Anda klik pada Press to Continue.
    Dapatkan ID Sementara Public Bank guna ATMs Machine
  11. Lepas tu Anda perlu masukkan Nombor Telefon yang Anda nak terima Nombor PAC.
  12. Lepas Anda dah masukkan Nombor PAC, Anda klik pada butang Accept.
    Dapatkan ID Sementara Public Bank guna ATMs
  13. Sekarang Anda perlu masukkan 6 Digit Nombor Pin untuk PBe Anda.
  14. Nombor PIN ni Anda perlu cipta sendiri, dan nombor ni Anda perlu ingat sebab no ni dia akan guna masa dia nak membuat pendaftaran pada website PBe nanti.
  15. Lepas tu Anda perlu salin semula 6 Digits Pin yang Anda cipta tadi.
  16. Lepas tu nanti dia akan keluar paparan Transaction Accepted, maksudnya Anda dahpun berjaya mendapatkan ID Sementara untuk Public Bank online banking Anda ataupun PBe Anda.
  17. Seterusnya sila ambil kad debit Anda bersama dengan resit ataupun slip yang telah dicetak oleh mesin ATM.
  18. Sila pastikan resit atau slip tersebut disimpan dengan baik, sebabnya pada slip tersebut akan dipaparkan ataupun akan dicatat ID Sementara Anda.

Penting untuk diingat, ID Sementara ni hanya digunakan sementara waktu sahaja. Untuk mendaftar akaun PBebank PBe, Anda perlu mengikuti langkah-langkah dalam artikel cara daftar Public Bank online Pbebank.

Setelah akaun PBebank PBe Anda diaktifkan, Anda boleh log masuk ke akaun Anda dan mula menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian yang disediakan oleh Public Bank.

Anda boleh menggunakan PBebank PBe untuk melakukan transaksi perbankan seperti pindahan wang, bayaran bil, semakan baki akaun dan banyak lagi dengan lebih mudah dan selamat.