Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera Online Helpdesk

MySejahtera merupakan aplikasi yang perlu diakses oleh orang ramai bagi mendapatkan sijil vaksin digital bagi mereka yang telah menerima vaksinasi dos pertama atau kedua.

Apabila Anda ingin memuat turun sijil digital, Anda perlu log masuk ke akaun dengan memasukkan nombor telefon bimbit dan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan semasa vaksinasi.

Sekiranya Anda tak boleh login MySejahtera kerana nombor tersebut tidak lagi aktif, atau telah berubah, maka Anda perlu ikuti step cara kemaskini nombor telefon MySejahtera.

Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera
Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera

Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera Guna Helpdesk

Untuk artikel kali ini kami akan menjelaskan cara tukar nombor telefon dan juga maklumat peribadi dalam aplikasi mysejahtera.

  1. Mula-mula, anda perlu buka dulu aplikasi mysejahtera anda. Lepas tu anda perlu klik pada icon helpdesk
    Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera via Online
  2. Nanti dia akan keluar macam ni kan, dekat sini kalo anda nak tukar bahasa, anda boleh tukar bahasa. Macam kami akan guna Bahasa Melayu, so kita klik pada bahagian Bahasa Melayu. Klik Mula
    Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera via Online Portal
  3. Untuk menukar nombor telefon dan juga maklumat peribadi dalam aplikasi ni, anda perlu klik pada bahagian C (Saya ingin mengemas kini nama, nombor kad pengenalan/passport, id pengguna atau memadam akaun saya)
  4. Seterusnya anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda, sama ada anda nak kemaskini nombor IC anda, ataupun nombor passport anda dan lain-lain. Macam kami, kami nak kemaskini dan kami nak tukar nombor telefon
    Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera via Online Website
  5. Jadi kami akan tekan pada bahagian C (saya ingin menukar nombor telefon)
    Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera via Internet Portal
  6. Lepas tu dekat sini anda perlu klik pada bahagian ID pengguna saya ialah alamat e-mail
    Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera guna Internet Portal
  7. So dekat sini anda perlu masukkan maklumat nombor telefon semasa, nombor telefon anda yang semula anda guna dan anda masukkan nombor telefon baru anda, nombor telefon yang anda nak kemaskini tadi. Lepas anda dah siap, anda perlu masukkan alamat email dan salin balik alamat email yang anda buat tadi untuk tujuan pengesahan. Bila anda dah siap isi semua maklumat tadi, anda boleh klik pada bahagian Hantar
    Cara Kemaskini No Telefon MySejahtera guna Online Portal
  8. Nanti anda akan dapat satu email pada MySejahtera yang mengesahkan bahwasannya nombor telefon anda telah pun dikemaskini dan telah pun ditukar pada nombor yang baru. Jadi kalo anda nak tukar maklumat anda yang lain, anda buat step yang sama macam tadi.

Cara Tukar Nombor Telefon Di MySejahtera Tanpa Padam Akaun

Sekarang ada cara baru yang lebih mudah dan cepat untuk menukar no telefon di aplikasi MySejahtera.

  1. Sila update dahulu aplikasi MySejahtera Anda (versi terkini) di Google Playstore atau App Store.
  2. Lepas tu, buka aplikasi MySejahtera. Klik Profil
  3. Pilih Tukar MySJ ID
  4. Sistem akan memaparkan ID MySJ semasa Anda, sila masukkan no handphone baru Anda Cara Tukar Nombor Telefon MySejahtera
  5. Sekiranya ID MySJ  Anda menggunakan email, klik pada pautan email.
  6. Selesai

Soalan Lazim

1. Macam mana kalau saya dah ambil dos satu. Lepastu saya baru sedar saya punya IC salah. Lepastu saya dah tukar, lepastu dos pertama yang saya ambil dos tak de. Dia mula semula balik macam saya belum dapat appointment untuk dos satu?

Nanti masa anda nak suntik untuk dos ke2 anda coba tanya staf kesihatan dekat situ ye, maybe diorang boleh tolong updatekan

2. Kalau nombor yang daftar vaksin saya guna nombor ayah saya, jadi kalau nak transfer ke nombor saya ikut je cara yang ni?

Anda sebagai tanggungan ayah anda ke? kalau tanggungan anda padam akaun tanggungan kemudian daftar yang baru ye. Sila baca artikel cara padam dan pindah akaun tanggungan MySejahtera

3. Kalau dah tukar no telefon baru, tak hilng ke sijil digital tu?

Tak hilang, sebab anda daftar vaksin guna kad pengenalan