Kemaskini Nombor Telefon BSN

Perkembangan teknologi, terutama di dunia internet, telah menciptakan gaya hidup baru yang lebih dinamis, yang memungkinkan pengguna untuk terus melakukan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti perbankan dalam talian melalui internet.

Salah satu perkhidmatan BSN yang memudahkan pelanggan melakukan transaksi adalah Internet Banking BSN atau myBSN.

Sejak wujudnya, myBSN telah menjadi perkhidmatan kegemaran bagi pelanggan yang mempunyai aktiviti transaksi yang tinggi, tetapi mempunyai masa yang terhad untuk melakukan transaksi konvensional.

Pelanggan boleh melakukan pelbagai aktiviti perbankan seperti pindahan antara akaun BSN dan pindahan ke bank lain, membayar bil kad kredit, telefon dan bil lain atau mengakses pelbagai maklumat seperti baki dan penyata akaun pada bila masa tanpa perlu meninggalkan tempat itu, cukup gunakan myBSN.

Untuk mendaftar perkhidmatan myBSN sila baca panduan cara daftar akaun MyBSN. Semasa melakukan pendaftaran, diperlukan nombor telefon yang berdaftar untuk request TAC.

TAC berfungsi sebagai keselamatan tambahan. Ia bertindak melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun Anda. Pastikan Anda mendaftar nombor telefon Anda sahaja untuk tujuan TAC. Jangan daftar nombor telefon orang lain.

Sekiranya Anda mempunyai plan untuk menukar/mengemaskini no telefon BSN sila baca maklumat dibawah.Kemaskini Nombor Telefon BSN

Kemaskini Nombor Telefon BSN

Adakah Anda tahu bahawa sekarang tukar nombor telefon BSN tidak boleh dilakukan melalui mesin ATM BSN.

Maklumat tersebut berdasarkan informasi yang kami dapatkan di web rasmi bank BSN iaitu:

Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Mac 2018, sebarang perubahan kepada nombor telefon bimbit Anda yang didaftarkan dengan BSN hendaklah dilakukan di cawangan Bank Simpanan Nasional sahaja. Pengemaskinian ke atas nombor telefon bimbit melalui Automated Teller Machine (ATM) BSN tidak lagi disediakan. Sekiranya Anda telah menukar nombor telefon bimbit yang baharu, sila kunjungi mana-mana cawangan BSN untuk membuat pengemaskinian.

Cara Tukar Nombor Telefon BSN

Berikut adalah syarat yang mestilah Anda penuhi sebelum mengemaskini no telefon BSN.

  • Nombor telefon baru.
  • Wang bila diperlukan.
  • Kad ATM Debit/Credit
  • Buku Simpanan BSN.
  • Kad Pengenalan.

Seterusnya sila ikuti langkah-langkah dibawah ini bagi proses pengemaskinian nombor telefon.

  1. Sila membawa syarat yang dinyatakan diatas.
  2. Kemudian pergi ke kaunter cawangan BSN berdekatan.
  3. Bagitau customer service bahawa Anda ingin menukar nombor telefon BSN.
  4. Customer service siap sedia membantu Anda menukar nombor telefon lama dengan yang baru.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan kami di talian 1300 88 1900.