Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam Online

Tabung Haji adalah penyelesaian kepada Anda yang ingin beribadat di tanah suci dengan masa yang cepat dan proses yang fleksibel. Jadi kepada anda yang bercadang untuk menunaikan haji dalam masa terdekat, tidak salah mencuba program Tabung Haji Bank Islam dengan pelbagai kelebihan dan ciri yang boleh memberi manfaat kepada pelanggan.

Banyak kelebihan yang ditawarkan oleh Bank Islam setelah Anda sambungkan atau link akaun tabung haji dengan akaun Bank Islam.

Untuk anda yang menggunakan bank Islam dan ingin link akaun Tabung Haji tetapi anda tidak tahu bagaimana? jom lihat caranya di bawah.

Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam

Kelebihan Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam

Untuk makluman, Anda boleh dapatkan senarai perkhidmatan yang ditawarkan di bawah ini menerusi mesin ATM, kaunter Bank Islam dan juga melalui internet banking Bank Islam:

  • Pindah duit (online transfer) antara akaun Bank Islam dan Tabung Haji.
  • Keluarkan duit tunai Tabung Haji.
  • Deposit / simpan duit tunai ke akaun Tabung Haji.
  • Daftar haji.
  • Pindah duit antara akaun Tabung Haji anda dan Tabung Haji pihak ketiga.
  • Semakan Pendaftaran Haji (online sahaja).
  • Pengaktifan (link) kad ATM.
  • Pembatalan (de-link) kad ATM (kaunter dan online sahaja).
  • Semak baki akaun Tabung Haji.
  • Mini Penyata Akaun Tabung Haji (kaunter dan online sahaja).

Setiap transaksi yang berjaya Anda buat melalui perkhidmatan diatas akan dicaj RM1. Semakan baki, link dan de-link kad, semakan pendaftaran haji, daftar haji dan cetak penyata mini akaun TH adalah percuma.

Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam Online

Untuk link atau hubungkan tabung haji dengan Bank Islam sangat mudah, Anda hanya perlu ikut step yang kami kongsikan di bawah:

  1. Pertama sekali anda perlu ke website Bank Islam IB https://www.bankislam.biz
  2. Lalu pilih menu internet banking login.
  3. Masukkan User ID anda, kemudian klik Login.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam via Online Website
  4. Sahkan Private Image, lalu anda pilih Yes.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam via Online Portal Website
  5. Masukkan kata laluan, lalu klik Login.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam via Online Portal Website
  6. Klik My Accounts, pilih Tabung Haji.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam guna Online Portal Website
  7. Klik Add untuk tambah akaun tabung haji anda.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam guna Online Portal Website
  8. Pilih No Kad ATM/Debit anda.
  9. Jenis akaun TH Akaun anda.
  10. Masukkan nombor akaun TH anda, kemudian klik Submit.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam guna Online Portal Website
  11. Klik Request i-access code. Masukkan nombor IAC 6 digit, kemudian klik Confirm.
    Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam guna Online Portal Website
  12. Status telah berjaya, lepas tu anda scroll down. Lalu anda klik pada back to maintenance page. Akaun TH anda telah tersedia di ruangan ini.
  13. Anda juga boleh tambah no. akaun TH orang lain ke dalam akaun Bank Islam anda termasuk akaun TH anak-anak atau saudara yang lain.
  14. Caranya hanya klik Add, lalu anda masukkan IC, lalu anda masukkan nombor akaun (others), kemudian klik Submit.
  15. Langkah yang sama sahaja seperti tadi.

Bagi Anda yang ingin buat pengeluaran duit tabung haji, Anda boleh baca artikel cara keluarkan duit tabung haji melalui Bank Islam.

Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam

Seterusnya kami akan kongsikan cara untuk semak baki dan sejarah transaksi TH Anda.

    1. Caranya klik pada akaun TH Anda.
      Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam gunakan Online Portal Website
    2. Baki semasa TH Anda akan terpapar di ruangan ini.
    3. Untuk mengetahui sejarah transaksi TH, anda hanya perlu klik (statement date), dan pilih bulan yang diperlukan (terkini sahaja) dan klik Submit.
      Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam gunakan Online Portal Website
    4. Lalu anda scroll down. Sejarah transaksi akan terpapar pada bulan tersebut.
      Cara Link Akaun Tabung Haji Dengan Bank Islam gunakan Online Portal Website
    5. Selesai.

Cara Link Akaun TH Dengan Bank Islam Melalui ATM

Selain melalui internet banking Bank Islam, Anda juga boleh link akaun TH melalui mesin ATM Bank Islam. Berikut kami kongsikan langkah-langkahnya:

  1. Kunjungi mesin ATM Bank Islam yang berdekatan.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Anda.
  3. Pilih Tabung Haji. Link Akaun TH Dengan Bank Islam Melalui ATM
  4. Pilih Daftar Akaun TH-Sendiri. Cara Link Akaun TH Dengan Bank Islam Melalui ATM
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda. Kemudian Tekan Jika Betul.
  6. Masukkan Nombor Akaun Tabung Haji Anda. Seterusnya, tekan Teruskan.
  7. Nombor Akaun TH Anda akan dipaparkan, pilih Sahkan untuk selesaikan proses link TH.

Hubungkan Akaun TH di Cawangan Bank Islam

Sekiranya Anda tidak ingin link tabung haji melalui ATM ataupun internet banking, Anda boleh link akaun TH di cawangan Bank Islam.

Anda dinasihatkan untuk membawa MyKad, buku Tabung Haji dan kad ATM. Sila isi borang Pendaftaran Akaun Tabung Haji yang diberikan oleh staff bank. Apabila sudah selesai, Anda boleh terus gunakan di mesin ATM bagi urusan Tabung Haji.

Untuk makluman, bermula pada 23 Jun 2019 Tabung Haji (TH) telah memansuhkan penggunaan Buku Akaun Simpanan. Maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran link kad ATM Bank Islam dengan akaun Tabung Haji melalui mesin ATM Bank Islam adalah nombor Mykad dan nombor akaun Tabung Haji.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan adalah disarankan Anda hubungi Tabung Haji Contact Centre ( THCC ) ditalian 03 6207 1919 bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.30 petang bagi semakan lanjut .