Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah impian untuk semua orang. Tetapi sayangnya masih ramai yang menganggap kos pendidikan itu mahal dan prosesnya tidak mudah.

Padalah banyak syarikat pinjaman pendidikan yang tidak perlu membayar kos peribadi yang besar atau boleh di dapatkan secara percuma.

Sebenarnya terdapat banyak pinjaman pendidikan yang terdapat di Malaysia. Kuncinya adalah Anda harus lebih aktif dalam mencari maklumat.

Jangan kerana Anda tidak dapat memperoleh maklumat yang cukup dan alasan untuk membayar yuran pengajian yang mahal menghalang Anda untuk pergi ke sekolah.Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Pinjaman Pelajaran MARA

Berita baiknya adalah, pada masa kini ada pinjaman yang dikhususkan untuk warga Malaysia melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Pinjaman Pelajaran MARA (Majlis Amanah Rakyat) merupakan sebuah organisasi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempelawa calon yang mempunyai visi untuk menjadi Modal Insan Terbilang dan seterusnya menyumbang kepakaran kepada pembangunan ekonomi Malaysia untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi mengikuti pengajian ke peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di Institusi Pendidikan Tinggi Tempatan dalam bidang-bidang utama keperluan pembangunan Negara.

Pinjaman MARA akan membantu pelajar bumiputera khususnya di kawasan luar bandar yang berkelayakan dan memiliki potensi bantuan kewangan untuk menyambung pengajian di IPT (Institusi Pengajian Tinggi) dalam pelbagai bidang seperti, Teknologi, Sains, Kepakaran, Profesional, Pengurusan Perniagaan dan lain-lain.

Kadar Pembiayaan Pinjaman Pendidikan MARA

Perlu Anda ketahui bahawa kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat yang dikeluarkan oleh JPA (Jabatan PPerkhidmatan Awam) dan tertakluk kepada peruntukan kewangan MARA. Maklumat ini wajib Anda ketahui sebagai informasi.

Skim Pinjaman Pelajaran MARA

Untuk keluarga pelajar yang berpendapatan tidak melebihi RM4,000.00 dalam satu bulan atau mengikut garis panduan kelayakan pendapatan yang ditetapkan oleh MARA bagi mengatasi kesulitan kewangan semasa melapor diri memasuki Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTT), akan dibantu oleh pihak MARA.

Semua permohonan mestilah dibuat melalui portal MARA yang dibuka secara online.

Syarat dan Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA

  • Pelajar yang telah bekerja atau sedang mengikuti pengajian tidak layak dipertimbangkan.
  • Pelajar adalah Bumiputera, berumur tidak melebihi 35 tahun bagi peringkat Diploma dan 40 tahun bagi peringkat Ijazah Pertama.
  • Pelajar telah ditawarkan mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Persediaan / Pra-Universiti di bawah program Skim Pelajar Cemerlang (SPC) atau Diploma atau HND atau Ijazah Pertama (Sarjana Muda) di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah Skim Pinjaman Pelajaran (SPIP).
  • Pemberian Wang Pendahuluan adalah kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dari keluarga yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sahaja, iaitu pendapatan kasar bulanan ibu dan bapa atau penjaga pelajar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan.
  • Pendahuluan pinjaman pelajaran boleh dipertimbangkan kepada seorang pelajar bagi setiap peringkat pengajian sekiranya pelajar tersebut melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Jika peringkat pengajian yang sama, permohonan tidak layak dipertimbangkan.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Online

Cara mohon pinjaman pelajaran MARA secara online sangat mudah, hanya perlu beberapa langkah sahaja.

  1. Buka laman https://myeduloan.mara.gov.my
  2. Klik Daftar.
  3. Sila pilih Program.
  4. Sila masukkan maklumat yang terpapar seperti No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir, Nama Penuh Pemohon, Email, Kata Laluan, tick Saya bersetuju dengan terma dan syarat.Daftar Permohonan MARA Online
  5. Klik Daftar.
  6. Sila login, selepas masuk Dashboard klik Kemaskini Maklumat.Daftar MyEduloan MARA
  7. Sila masukan maklumat yang diperlukan.Cara Memohon Pinjaman MARA
  8. Sistem akan memberitahu sekiranya ada permohonan pinjaman yang boleh dibuat bagi program yang dipilih.

Malumat Lanjut Pinjaman Pelajaran MARA MyEduloan

Sekiranya Anda memiliki sebarang pertanyaan terkait pinjaman pelajaran MARA, sila rujuk atau hubungi maklumat berkenaan:

  • www.mara.gov.my/bm/microsite
  • www.myeduloan.mara.gov.my
  • BPP Hunting Line: 03-26132217 / 32043 / 32059
  • E-mail untuk masalah teknikal Sistem MyEduloan: myeduloan@mara.gov.my

Sekiranya Anda merupakan bumiputera negeri Johor sila cuba permohonan pinjaman YPJ online

Itulah maklumat terkini mengenai permohonan pinjaman MARA, semoga maklumat yang kami kongsi bermanfaat.