Permohonan Pinjaman YPJ Online

Adakah Anda tahu jika di Johor terdapat pinjaman pendidikan YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) yang dikhususkan untuk rakyat negeri Malaysia.

Pinjaman pendidikan YPJ adalah kemudahan pinjaman yayasan pelajaran johor yang bertujuan untuk membiayai keperluan pendidikan lanjutan atau awal serta untuk menyokong pendidikan.

Produk pinjaman ini membolehkan pelanggan mendapatkan pembiayaan pendidikan tanpa perlu menggadaikan aset atau barang berharga lain.

Pinjaman pembiayaan pendidikan menjadi penyelesaian segera untuk pelajar yang ingin mendapatkan dana cepat, ditambah dengan siling yang diminta akan disesuaikan dengan pendapatan tetap Anda.Permohonan Pinjaman YPJ Online

Visi dan Misi YPJ

Latar belakang YPJ adalah untuk aktifnya menaja membaikkan peluang mendapatkan pelajaran di kalangan rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya. Berikut adalah misi dan visi:

  • Meluaskan bidang bagi rakyat Negeri dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri di dalam mana-mana institusi pendidikan tinggi diserata dunia.
  • Memberi atau menguruskan pemberian biasiswa, pinjaman, bantuan kewangan atau pelajaran dari badan-badan lain kepada rakyat Negeri Johor atau warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran.
  • Menaja dan memberi peluang untuk mendapatkan pelajaran dikalangan rakyat negeri Johor dan warganegara Malaysia yang menetap di dalam Negeri.

Syarat Mohon Pinjaman YPJ

Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per atau kapita (jumlah pendapatan isi rumah atau jumlah tanggungan) yang paling minima.

Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

Syarat yang mesti dipenuhi untuk setiap pemohon pinjaman pendidikan YPJ, iaitu:

  1. Pemohon lahir dan menetap di negeri Johor.
  2. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan).
  3. Pemohon sudah mendapat tawaran kemasukan atau sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan.
  4. Kursus yang diikuti oleh pemohon mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  5. Kursus yang diikuti mestilah sepenuh masa.
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun.
  7. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa).

Dokumen Permohonan YPJ

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan dari YPJ. Dokumen ini diperlukan (wajib) untuk sokongan sehingga permohonan Anda cepat di proses.

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar.
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga.
  3. Salinan Surat Tawaran IPT.
  4. Salinan Sijil SPM.
  5. Salinan Sijil Kelahiran.
  6. Sijil Berhenti Sekolah.
  7. Salinan Sijil Kematian atau Penceraian (Jika Berkaitan).
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN).

Kesemua dokumen sokongan tersebut perlu mendapat pengesahan (cop) oleh Pegawai Profesional Kategori A, Penghulu atau yang setaraf dengannya. Jadi pastikan semua dokumen tersebut dengan betul.

Cara Mohon Pinjaman YPJ Online

Untuk memohon pinjaman YPJ secara online, sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Buka laman http://prolims.ypj.gov.my
  2. Klik Daftar Pra-Permohonan.Cara Daftar YPJ Online
  3. Sila isi maklumat yang terpapar.
  4. Tunggu email pengesahan Pra-Permohonan tempoh 2 hari bekerja.
  5. Selepas disahkan, sila isi borang permohonan pinjaman YPJ online.
  6. Sila tunggu keputusan dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh tutup permohonan.
  7. Untuk membuat semakan sila gunakan aplikasi YPJ Prolims yang boleh Anda muat turun di Google Playstore (Android) dan App Store (iPhone).Semakan Pinjaman YPJ Online

Soalan Umum Pinjaman YPJ

1. Bagaimana jika seseorang pelajar mendapat twaran dalam bentuk pinjaman, adakah mereka terikat sebarang kontrak untuk bekerja dengan kerajaan / kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri dalam malaysia?

Pelajar yang mendapat pinjaman YPJ tidak dikenakan apa-apa kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Badan-Badan Berkanun kecuali pelajar dikurniakan Biasiswa yang mana dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pelajar tamat pengajian mereka tidak dibolehkan bekerja dengan mana-mana pihak Swasta kecuali mendapat kebenaran dari YPJ.

2. Macam mana pelajar mendapatkan wang pinjaman pendidikan YPJ?

Wang pinjaman pendidikan dibayar melalui beberapa cara sepertimana di bawah:-

  • Bayar terus melalui Bendahari di institusi-institusi;
  • Bayar melalui akaun bank pelajar masing-masing (Institusi-institusi tertentu) ;

Pembayaran pertama hanya akan dibayar selepas Surat Perjanjian pinjaman yang lengkap dikembalikan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh dikeluarkan manakala baki pinjaman dibayar dua kali setahun.

3. Adakah YPJ memberi pinjaman untuk pelajar yang akan menuntut pendidikan ke luar negara?

YPJ hanya menaja pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Mesir dan Jordan dalam jurusan Perubatan dan Pengajian Islam sahaja dan Permohonan tersebut adalah kelulusan YAB Menteri Besar Johor sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi Yayasan Pelajaran Johor. Sila guna peluang pinjaman pendidikan ini untuk meraih pendidikan terbaik dan mimpi Anda.