Cara Reset Password Username Bank Rakyat iRakyat

Password dan username adalah kata rahsia yang diperlukan oleh pelanggan yang ingin membuat transaksi melalui perbankan internet Bank Rakyat (iRakyat). Namun, rupanya banyak pelanggan sering terlupa username atau password perbankan internet Bank Rakyat mereka.

Bagi Anda yang tak boleh log masuk Bank Rakyat online banking atau iRakyat, tak perlu risau sebab ada pelbagai cara yang boleh Anda lakukan untuk dapatkan kembali hak akses iRakyat Anda.

Untuk perkongsian kali ini, kami akan kongsikan cara untuk reset password iRakyat dan juga dikenali sebagai internet banking Bank Rakyat dan dapatkan kembali username Anda.

Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat

Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat

Cara mengatasi lupa kata laluan dan nama pengguna iRakyat boleh dilakukan tanpa perlu datang ke cawangan Bank Rakyat. Pelanggan yang terlupa kata laluan dan nama pengguna iRakyat boleh reset username dan password secara online.

  1. Pertama sekali Anda perlu buka website https://www.irakyat.com.my
  2. Kemudian Anda klik pada Login. Seterusnya klik pada Personal Banking.
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat via Banking Website
  3. Next, bagi Anda yang ingat Password yang Anda buat. Anda boleh login seperti biasa.
  4. Bagi Anda yang terlupa Password ataupun Username. Anda boleh klik pada bahagian Forgot Username/Password.
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat via Banking Website Portal
  5. Lepas tu Anda pilih Kad Debit-i/Credit Card-i.
  6. Bagi Anda yang tidak mempunyai kad kredit ataupun kad debit, Anda mempunyai Temporary ID. Anda perlu pilih pada Temporary ID.
  7. Tapi macam kami, kami mempunyai Kad Kredit ataupun Kad Debit, jadi kami akan pilih guna Kad Kredit ataupun Kad Debit. Lepas dah siap pilih, lalu Anda klik Submit
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat via Internet Portal
  8. Lalu Anda perlu masukkan Kad Debit Anda ataupun Kad ATM Anda. Oke, lepas dah siap Anda perlu juga masukkan 6 digit PIN yang Anda punya setiap gunakan mesin ATM Bank Rakyat.
  9. Next, Anda masukkan pula Nombor Telefon Anda. Lepas tu Anda klik Submit
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat via Internet Banking
  10. Seterusnya Anda masukkan Nombor TAC yang dihantarkan ke SMS lewat nombor telefon yang dah Anda daftarkan di Bank Rakyat. Sila Anda semak lah SMS bila dah terima TAC tersebut.
  11. Tapi bagi Anda yang tidak terima SMS dalam masa 5 minit, Anda boleh klik pada Click Here untuk minta di hantar ulang TAC tersebut.
  12. Lalu masukkan TAC tersebut dibahagian pengisian TAC.
  13. Bila Anda dah siap masukkan Nombor TAC, kemudian Anda tekan butang Submit.
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat via Website Portal
  14. Akan keluar Username Anda. Bagi Anda yang tak ingat username tapi ingat password, and boleh terus log masuk lah sebab Anda dah ingat Username Anda.
  15. Tapi macam kami, kami ingat username tetapi saya tak ingat Password. So, kami akan klik pada Change Password.
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat via Internet Banking Website
  16. Anda perlu cipta password yang baru, pastikan password yang Anda cipta mempunyai gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan juga simbol.
  17. Inilah adalah antara contoh-contoh password yang mungkin Anda boleh gunakan. Contoh password (Saleh@aa93) ataupun (MohDx91_).
  18. Dan, bila Anda dah siap cipta password yang Anda gunakan. Anda perlu salin balik password tersebut pada bahagian Confirm New Password. Lalu Anda klik Submit.
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat guna Website Portal
  19. Anda berjaya reset kata laluan ataupun password bank Anda. Jadi Anda boleh kepaparan utama Bank Rakyat untuk tujuan Log masuk.
    Cara Reset Password dan Username Bank Rakyat guna Banking Portal

Tak dapat kod TAC? Sila baca cara tukar no telefon Bank Rakyat agar nombor TAC boleh masuk ke telefon bimbit Anda.

Jika cara di atas masih tak berjaya, kami nasihatkan Anda untuk mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berhampiran. Pastikan Anda membawa dokumen seperti kad pengenalan, buku simpanan dan kad ATM.

Soalan Lazim

1. Saya tak lupa username dan password tapi selalu kena block. Saya perhati saya telah masukkan dengan betul tapi dikatakan salah. Selepas call centre memang boleh login. Tak lama lepas tu kena lagi. Dah bosan nak call centre macam-macam kena tanya. Saya nak tukar username tapi tak jumpa menu. Takut ada orang lain cuba login atau ada orang lain sama username tersalah tekan.

Memang ada masalah sikit Bank Rakyat ni, untuk username memang tak boleh tukar ya, 1 username untuk 1 akaun.

2. Saya pun 2 months lepas ada masalah yang sama, asyik kena block jer walaupun masuk password betul, tapi kali ke 3 dari tu saya call tanya, dia kata sebab account kita dah ada sejarah kena block, jadinya dalam seminggu kalau salah log in masuk dia akan auto block, tu bila nak masuk setelah 2 minggu dia akan kata salah password, tapi dia cukup jangan masukkan password kali ke 2 kalau silap yg pertama nanti auto kena block, kali pertama salah lah terus click forgot password. Masalah saya pulak saya pilih kad debit tu siap masuk info lain after tekan submit dia kata not register, kenapa pulak tu?

Mungkin Anda ada tersalah taip ataupun kad debit Anda tu dah tamat tempoh, memang akaun Anda akan di blok kalau buat 2 atau 3 kali kesalahan untuk login.

3. Saya dah masukkan nombor kad dengan PIN tu tapi dia cakap kad saya belum daftar tapi saya yakin sangat dah pernah daftar, macam mana nak buat?

Mungkin akaun Anda dah kena blok dengan sistem keselamatan, Anda kena call Bank Rakyat ya.