Cara Reset Password dan Username Maybank2u Online

Pada masa ini, melakukan aktiviti perbankan dah sangat maju dan menjimatkan masa. Anda tidak perlu lagi membuat transaksi di luar rumah.

Anda boleh melakukannya di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dalam era teknologi dan dunia digital, banyak bank sudah menggunakan perbankan mobile banking seperti Maybank. Namun, bagaimana untuk dapatkan kata laluan Maybank2u (M2U) yang terlupa?

Hampir semua bank pada masa ini menyediakan perkhidmatan perbankan internet dan mobile banking. Bagi pelanggan Maybank, Anda juga boleh menggunakan app Maybank2u atau website maybank2u.com.my

Cara Reset Password dan Username Maybank2u

Cara Reset Password dan Username Maybank2u

Ketika Anda menggunakan aplikasi ini, Anda mungkin mengalami halangan yang tidak dijangka, seperti terlupa kata laluan sehingga tak boleh masuk app Maybank2u. Tapi Anda tidak perlu risau jika Anda terlupa kata laluan Anda.

Sebab kami akan kongsikan cara reset password Maybank2u. Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah dalam artikel ini. Kami akan tunjukan step by step cara reset ataupun buat semula password maybank2u.

Syarat Maybank2u Reset Password

Sebelum Anda melakukan penukaran kata laluan atau reset password, pastikan Anda sediakan:

  • Mempunyai Debit Card (Kad ATM)/Credit Card/Charge Card/Prepaid Card/Access Number.
  • Mempunyai Nombor PIN Debit Card (Kad ATM)/Credit Card/Charge Card/Prepaid Card/Access Number.
  • Nombor Telefon Anda telah berdaftar di sistem Maybank2u untuk menerima SMS TAC.

Kepada Anda yang terlupa User ID ataupun Password maybank2u, Anda boleh follow step yang kami tunjukan di bawah ini:

  1. Anda perlu ke website https://www.maybank2u.com.myCara Reset Password dan Username Maybank2u via Online
  2. Kemudian anda perlu klik pada bahagian Forgot Login Details.Cara Reset Password dan Username Maybank2u via Online
  3. Isi maklumat yang diperlukan. Anda boleh pilih Reset Using guna apapun, macam saya akan guna Debit Card.
  4. Lalu masukkan no Kad ATM anda. Masukkan pula no PIN ATM anda. Seterusnya klik butang Submit.Cara Reset Password dan Username Maybank2u via Online Banking Portal
  5. Kemudian anda tekan Reset Password.Cara Reset Password dan Username Maybank2u via Banking Portal
  6. Lepas tu anda masukkan Password yang baru, pastikan Password belum pernah anda guna. Masukkan kembali Password yang anda dah buat.
  7. Lalu anda tekan pada Request OTP, Nombor OTP akan dihantar ke SMS. Sekiranya Anda tidak menerima nombor OTP atau TAC, sila kemaskini nombor telefon Maybank.
    Cara Reset Password dan Username Maybank2u via Banking Online
  8. Kemudian taip Nombor OTP, lalu tekan Confirm.Cara Reset Password dan Username Maybank2u guna Online Banking
  9. Akan keluar Notification bahawa Password anda telah berjaya di reset.Cara Reset Password dan Username Maybank2u guna Banking Portal
  10. Anda boleh Login seperti biasa menggunakan Username dan Password terbaru anda.

Sila pastikan password yang anda buat ni anda catat untuk elak anda terlupa lagi password maybank2u anda.