Cara Reset Password MySejahtera Tidak Dapat SMS

Aplikasi MySejahtera adalah salah satu aplikasi yang mesti ada pada telefon bimbit kita. Kerana ke mana sahaja kita pergi, kita perlu menunjukkan sijil vaksinasi kita melalui aplikasi MySejahtera.

Selain menunjukkan sijil vaksin, aplikasi MySejahtera juga mempunyai banyak lagi ciri MySejahtera yang sangat berguna untuk pengguna.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna aplikasi MySejahtera ialah tidak boleh login MySejahtera.

Banyak perkara yang menyebabkan MySejahtera tidak boleh login. Salah satu sebabnya adalah kerana memori telefon bimbit kita hampir penuh sehingga tidak dapat log masuk.

Untuk tutorial kali ini kami akan kongsikan cara reset password MySejahtera bagi mereka yang tidak dapat SMS ataupun link reset password.

Cara Reset Password MySejahtera SMS

Cara Reset Password MySejahtera SMS

Bagi anda yang mempunyai masalah seperti ini, anda boleh follow step yang kami tunjukkan. Jom kita kebahagian tutorial.

  1. Oke, untuk anda reset password mysejahtera, kita akan buka aplikasi mysejahtera kan.
  2. Dekat sini, anda perlu klik pada forgot password
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Online
  3. Kemudian dia akan keluar macam ni, seterusnya anda tukar bahasa. Kami guna bahasa melayu, jadi kami nak klik bahasa malaysia
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Online Apps
  4. Lepas tu anda masukkan User ID anda
  5. Biasanya bagi mereka yang tidak menerima sms ataupun email untuk link reset password adalah disebabkan oleh mereka salah isi pada User ID
  6. Untuk bahagian User ID ini anda perlu masukkan nombor telefon anda bersama dengan kod negara. Dan anda perlu taip: 60, lalu anda masukkan lah nombor telefon anda
  7. Tentunya bila nombor telefon anda: 0139288888, anda perlu taip: 60 0139288888 dan seterusnya
  8. Lepas anda dah siap, apa yang perlu anda buat adalah anda klik dekat bahagian i’m not a robot, dan anda pilih gambar seperti yang diarahkan
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Online Portal
  9. Lalu anda klik verify
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Online Website
  10. Lepas tu anda klik hantar
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Internet
  11. Sekarang semak SMS anda. Ada tak sms daripada mysejahtera. Oke pada sms dah pun ada, sms daripada mysejahtera dan untuk anda reset password mysejahtera anda
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Internet Apps
  12. Anda boleh buka sms tersebut, dan kita perlu klik pada link yang diberikan
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Internet Portal
  13. Bila anda klik pada link yang diberikan, anda akan dibawa ke bahagian reset password. Anda boleh buat password ataupun kata laluan yang baru
  14. Bila anda dah siap buat password ataupun kata laluan yang baru, anda perlu klik pada bahagian reset password
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Internet Website
  15. Tahniah, anda pun dah berjaya reset password MySejahtera anda dan anda bolehlah login MySejahtera anda seperti biasa
    Cara Reset Password MySejahtera SMS via Apps Online
  16. Selesai

Baca juga, cara semak sijil digital vaksinasi MySejahtera secara online.

Soalan Lazim

1. Saya dah reset password tapi fully vanciated tak keluar, macam mane ya minta tunjuk ajar?

Cuba anda padam cache aplikasi MySejahtera ya

2. Saya dah update MySJ Trace dan dah hang semasa nak klik “allow” untuk on Bluetooth dan location. MySejahtera terus tak boleh guna, tak boleh back juga. Terus uninstall. Bila install semula, lupa password. Dah follow step ni, masih tak terima apa-apa sms. Adakah kena tunggu beberapa hari untuk terima sms tu?

Anda coba buat semula ya, biasanya sebab sistem bermasalah tu

3. Saya ada SMS dari mereka untuk reset password tapi tidak bisa ditekan dan kalau ditekan pun akan keluar add contest dan share, ada banyak dibawah tu dan aku tekan e-mail tapi tak boleh juga reset password pada MySejahtera

Biasanya link tak jadi tu, anda buat semula ya