Cara Reset Password Public Bank Online PBe Terlupa

Hari ni kita nak bincang pasal satu isu yang seringkali terjadi iaitu lupa password untuk akaun online Public Bank atau PBe.

Mesti rasa geram kan bila tak boleh login sebab terlupa password? Jangan risau, kami ada beberapa cara untuk Anda dapat reset password PBe Anda.

PBe ni adalah satu platform perbankan digital yang ditawarkan oleh Public Bank. Melalui PBe, Anda boleh check baki akaun, transfer duit, bayar bil elektrik, bil air dan macam-macam lagi. Yang penting, PBe ni memang memudahkan urusan perbankan Anda.

Cara Reset Password Public Bank Online

Tak Boleh Login PBe

Terdapat beberapa sebab mengapa akaun PBe Anda tak boleh diakses. Antaranya termasuk:

  1. Jika Anda terlupa kata laluan, Anda tak akan dapat akses ke akaun PBe Anda.
  2. Jika Anda cuba login ke akaun PBe Anda dengan beberapa kali percubaan yang salah, akaun PBe Anda mungkin akan terkunci. Untuk memulihkan akaun Anda, Anda perlu menghubungi Public Bank Contact Centre.
  3. Masalah teknikal pada laman web atau aplikasi PBe mungkin menyebabkan Anda tak dapat akses ke akaun Anda. Anda boleh cuba semula selepas beberapa minit atau menghubungi Public Bank Contact Centre jika masalah berterusan.
  4. Jika Anda tak dapat akses ke laman web atau aplikasi PBe, mungkin masalah terletak pada sambungan internet Anda.
  5. Kadang-kadang Public Bank akan melakukan pembaikan atau peningkatan pada sistem PBe. Jika Anda cuba akses pada waktu yang sama, Anda mungkin tak dapat akses ke akaun PBe Anda.

Jangan risau kalau Anda terlupa password PBe Anda, sebab langkah-langkah di bawah ni boleh membantu Anda.

Cara Reset Password Public Bank Online

Jadi sekiranya Anda terlupa password, Anda boleh saja buat semula password yang baru.

  1. Untuk permulaan Anda perlu ke website Public Bankhttps://www.pbebank.com
  2. Seterusnya Anda perlu klik pada Reset Password/Reactivate User ID.
    Cara Reset Password Public Bank via Online Banking Portal
  3. Lepas tu pada skrin dia dah ada dua pilihan, Anda boleh guna Kad ATM Debit ataupun Kad Kredit dan pilihan yang kedua adalah menggunakan Temporary  ID.
  4. Untuk tutorial kali ini Anda akan menggunakan Kad ATM Debit ataupun Kad Kredit, so Anda klik pada bahagian Kad ATM Debit ataupun Kad Kredit.
    Cara Reset Password Public Bank via Banking Portal
  5. Lepas tu Anda perlu masukkan semua butiran maklumat Kad ATM atau Kad Kredit ataupun Kad Debit Anda.
  6. Pertama, Anda perlu masukkan ID Pengguna Anda, lepas dah siap, Anda perlu pilih Jenis Produk yang Anda gunakan.
  7. Contohnya bila Anda gunakan Kad Kredit, Anda perlu klik pada Credit Card, macam kami, kami menggunakan Kad Debit so kami pilih bahagian Debit Card.
  8. Lepas tu Anda masukkan maklumat Kad Debit Anda, Anda masukkan Nombor Kad Debit Anda.
  9. Lepas tu Anda masukkan pula Nombor Kad Pengenalan Anda.
  10. Bila Anda dah siap, Anda perlu salin semula Sekuriti Kod yang dipaparkan, salin semula Sekuriti Kod tersebut. Lepas dah siap Anda klik Next.
    Cara Reset Password Public Bank via Banking Website
  11. So sekarang Anda dah pun boleh membuat Kata Laluan Yang Baru.
  12. Untuk kata laluan ini seperti biasa mestilah ada gabungan Huruf Besar, Huruf Kecil, Simbol, dan juga Nombor. Contoh kata laluan yang Anda boleh buat adalah macam ini Mohd9876@
  13. Sila pastikan Anda tak menggunakan tarikh lahir Anda ataupun Anda tak menggunakan User ID Anda ataupun Fasa Keselamatan Anda.
  14. Lepas Anda dah siap cipta Password, Anda perlu salin semula Password yang Anda buat tadi pada bahagian Confirm New Password.
  15. Oke lepas tu Anda klik Next.
    Cara Reset Password Public Bank via Website Portal
  16. So, Anda akan dibawa ke paparan seterusnya dan Anda perlu masukkan Nombor PAC, dan Nombor PAC ni seperti biasa dah pun dihantar ke SMS Anda.
  17. Apa yang Anda perlu buat adalah, Anda perlu semak sms Anda dan masukkan Nombor PAC yang Anda terima tadi, lepas tu Anda klik Next.
    Cara Reset Password Public Bank guna Banking Portal
  18. So, Anda dah pun berjaya Reset Password untuk Public Bank Anda. Lepas tu Anda klik Login to PBe.
    Cara Reset Password Public Bank guna Banking Website
  19. Dan Anda boleh meneruskan sembarang transaksi yang melibatkan publik bank Anda.

Untuk makluman, sekarang Anda boleh dapatkan penyata bank melalui online. Sila baca artikel ni ye cara print penyata Public Bank e-Statement online.

Cara membuat Password yang kuat dan selamat

Untuk memastikan password Anda kuat dan selamat, kami akan kongsikan beberapa tips yang Anda boleh gunakan:

  1. Gunakan kombinasi huruf besar dan kecil, nombor dan simbol. Contohnya, IpinUpin!23.
  2. Jangan gunakan password yang mudah ditebak seperti 987654321, 123456789 atau qwertyio.
  3. Jangan menggunakan kata-kata yang mudah ditebak seperti nama anak atau nama haiwan kesayangan.
  4. Tukar password secara berkala, sekurang-kurangnya sekali setiap 6 bulan.
  5. Pastikan password Anda unik dan tidak sama dengan password lain yang Anda gunakan untuk akaun lain.
  6. Jangan kongsikan password dengan sesiapa, termasuk keluarga atau rakan-rakan.

Password Public Bank ni sangat penting untuk memastikan akaun Anda selamat.

Soalan Lazim

Di bawah ni beberapa soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.

1. Kalau password and id dah betul tapi bila login gagal dan dia kata akaun saya deactivated so macam mana nak reactive balik tanpa pergi ke bank?

Anda kena call customer service Public Bank ya, nanti pegawai akan bantu Anda semula ya.

2. Kalau saya sudah reset semua tu ATM password pun ikut dia reset kah sebab pas saya pergi ATM nak ambil duit saya masukan password tak dapat terima.

Anda perlu datang kemana-mana kaunter cawangan Public Bank.

3. Kalau user id tu nama penuh kita daftarkan tapi kenapa letak nama penuh 1 huruf dia tolak terus tak boleh nak next sebab kawasan tempat nama tu warna merah?

User id tu bukan nama penuh Anda tapi username yang Anda nak gunakan, contoh AmranZ32.