Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online

Resit transaksi adalah satu dokumen penting yang dikeluarkan oleh RHB bank selepas seorang pelanggan melakukan transaksi kewangan macam bayar bil, topup, transfer dan lain-lain.

Resit transaksi RHB Bank mengandungi butiran penting seperti tarikh transaksi, jenis transaksi, jumlah transaksi dan baki terkini dalam akaun bank pelanggan.

Keberadaan resit transaksi sangat penting kerana ia dapat membantu pelanggan RHB Bank mengesahkan bahawa transaksi yang dilakukan adalah sah dan berjaya.

Pelanggan juga boleh menggunakan resit transaksi sebagai bukti pembayaran atau sebagai rujukan jika ada masalah dalam akaun mereka.

Bagi memastikan bahawa pelanggan tidak kehilangan resit transaksi, RHB Bank menasihatkan pelanggan untuk menyimpan resit tersebut sebagai rujukan.

Pelanggan juga boleh meminta salinan resit transaksi daripada RHB Bank secara online jika mereka kehilangan resit tersebut.

Sekiranya Anda terlupa ambil resit atau nak cetak semula resit transakasi RHB Bank, Anda boleh ikuti step cara dapatkan semula resit transaksi RHB Bank secara online berikut:

Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online

Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online

Berikut ni merupakan langkah-langkah cara cetak semula resit transaksi guna portal RHB online banking.

  1. Oke untuk permulaan macam biasalah Anda kena ke website RHB bank terlebih dahulu.
    Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online
  2. Dan dekat sini seperti biasa Anda kena login terlebih dahulu akaun RHB Bank Anda.
    Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online
  3. Anda masukkan Username, lepas tu kalau sekiranya Secure Word betul Anda klik pada bahagian Right.
  4. Masukkan pula password, last sekali Anda klik Login.
    Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online
  5. Oke dekat halaman utama website RHB Bank ni, untuk Anda dapatkan semula resit ataupun untuk Anda semak transaksi RHB Bank Anda, Anda perlu klik adan bahagian maklumat akaun bank Anda.
  6. Lepas tu Anda klik sahaja pada bahagian tu.
    Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online
  7. Lepas tu dia keluar paparan macam ni kan, oke next Anda scroll je kebawah, lepas tu Anda carilah transaksi Anda nak resit tu.
    Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online
  8. Bila Anda dah klik, nanti dia akan keluar paparan macam ni kan dan inilah resit transaksi yang Anda nak tadi.
    Cara Dapatkan Semula Resit Transaksi RHB Bank Online
  9. Nak simpan resit ni simpan sahaja, Anda boleh download ataupun Anda boleh screenshot sahaja dan step yang sama juga Anda boleh gunakan pada transaksi-transaksi lainnya.

Jadi, itulah cara yang boleh Anda cuba untuk mendapatkan semula resit transaksi RHB Bank Anda, kalau Anda takde akaun RHB online banking, sila daftar RHB online banking dulu ye.

Soalan Lazim

Soalan dan jawapan dibawah ni boleh membantu Anda.

1. Adakah saya boleh mendapatkan semula resit transaksi RHB Bank jika saya tidak mempunyai akaun RHB Bank?

Ya, Anda boleh mendapatkan semula resit transaksi RHB Bank walaupun Anda tidak mempunyai akaun RHB Bank.

Anda boleh menghubungi RHB Bank Careline atau mengunjungi cawangan RHB Bank terdekat untuk mendapatkan bantuan.

2. Berapa lama tempoh yang diambil untuk mendapatkan semula resit transaksi RHB Bank?

Tempoh yang diambil untuk mendapatkan semula resit transaksi RHB Bank melalui online adalah serta-merta.

Namun, jika Anda menghubungi RHB Bank Careline atau mengunjungi cawangan RHB Bank terdekat, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk mendapatkan semula resit transaksi Anda.