Semak Sejarah Transaksi Public Bank Secara Online

Transaksi history Public Bank ataupun sejarah transaksi merujuk kepada rekod semua transaksi perbankan yang dilakukan oleh pelanggan Public Bank. Ini termasuk transaksi deposito, pembiayaan peribadi, pembiayaan hartanah, pembayaran bil, pemindahan wang, dan lain-lain.

Rekod transaksi ini penting bagi pelanggan Public Bank kerana ia membolehkan Anda melacak aktiviti perbankan dan memastikan bahawa semua transaksi dilakukan dengan betul.

Anda boleh menggunakan transaksi history untuk mengesahkan pembayaran bil yang dibuat, memeriksa baki akaun dan check penggunaan kad debit dan kad kredit.

Transaksi history juga membolehkan pelanggan Public Bank mengenal pasti sebarang aktiviti yang mencurigakan atau tidak sah dalam akaun pelanggan.

Jika terdapat sebarang transaksi yang mencurigakan, pelanggan boleh menghubungi Public Bank secepat mungkin untuk mengambil tindakan yang sesuai.

Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank

Sejarah Transaksi Public Bank

Perkongsian kami untuk artikel kali ini adalah untuk menyemak rekod transaksi lampau dan cara untuk dapatkan semula resit transaksi untuk Public Bank.

So kepada Anda yang ingin membuat semakan status transaksi atau Anda nak dapatkan semula slip ataupun resit transaksi Anda, Anda boleh follow step yang akan kami tunjukkan dalam artikel ni.

Aplikasi PB Engage MY

PBe Engage MY adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Public Bank untuk memudahkan pelanggannya mengakses perkhidmatan perbankan pengguna secara mudah dan pantas.

Aplikasi ini membolehkan pelanggan Public Bank untuk membuat transaksi perbankan mudah alih dan menguruskan akaun pengguna dengan lebih efektif.

Antara ciri-ciri utama PBe Engage MY adalah:

  1. Pelanggan Public Bank boleh log masuk ke akaun mereka dengan menggunakan cap jari, PIN atau kata laluan untuk akses yang lebih selamat.
  2. Aplikasi ini membolehkan pelanggan membuat transaksi mudah alih seperti pemindahan wang, pembayaran bil, dan pembelian prabayar dengan hanya beberapa klik.
  3. Pelanggan boleh berhubung dengan pegawai perbankan Public Bank melalui aplikasi PBe Engage MY dan mendapatkan jawapan dalam masa yang cepat.
  4. Aplikasi ini memaparkan akaun pelanggan secara terperinci termasuk baki akaun, transaksi terkini dan maklumat lain berkaitan akaun.
  5. Pelanggan Public Bank boleh menguruskan akaun mereka seperti menukar kata laluan, mengemaskini maklumat peribadi dan membuat aduan melalui aplikasi ini.

Cara Dapatkan Sejarah Transaksi Public Bank Secara Online

PBe Engage MY adalah aplikasi yang sangat berguna bagi pelanggan Public Bank yang gemar menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

Sekiranya Anda ingin dapatkan e-statement Public Bank, Anda boleh gunakan aplikasi PBe untuk download sejarah ataupun semak sejarah transaksi secara online.

  1. So kepada yang belum Install aplikasi ini, Anda perlulah Install terlebih dahulu aplikasi ini di Google Playstore.
    Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank
  2. Untuk langkah yang pertama sudah pasti Anda perlu buka aplikasi PBe dekat telefon Anda.
  3. Seterusnya seperti biasa Anda perlu log masuk akaun Public Bank Anda. Anda klik je dekat bahagian Log Masuk.
    Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank
  4. Dekat sini Anda perlu pastikan fasa keselamatan Anda adalah Fasa Keselamatan Anda.
  5. Dan sekiranya ia adalah betul Anda perlu klik Yes.
  6. Seterusnya Anda masukkan Password PBe Anda, lepas Anda dah masukkan Password, Anda perlu klik dekat bahagian Log Masuk.
    Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank
  7. Dekat paparan utama ni bagi yang ingin menyemak rekod transaksi lampau ataupun yang nak dapatkan resit transaksi, Anda perlu klik dekat bahagian Nombor Akaun Public Bank Anda ni.
    Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank
  8. Seterusnya dekat sini dia akan keluar paparan rekod transaksi Anda. Anda boleh lah membuat semakan jumlah duit yang keluar masuk daripada akaun bank Anda.
  9. Dia dekat sini juga ada tarikh, ada juga nama pemilik akaun yang Anda lakukan transaksi tersebut.
  10. Bagi yang telah membuat transaksi Public Bank sama ada melalui website ataupun melalui aplikasi Public Bank.
  11. Dan untuk transaksi tersebut Anda mungkin lupa ataupun Anda mungkin dah terhilang akan resit transaksi tersebut, cara untuk Anda dapatkan semula resit transaksi adalah Anda hanya perlu klik dekat bahagian Urus Niaga Lampau PBe.
    Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank
  12. Seterusnya Anda perlu klik pada transaksi yang Anda nak dapatkan resit tersebut.
  13. Oke contohnya macam kami nak dapatkan resit transaksi bagi transaksi ini, so kami klik pada bahagian Transaksi.
    Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank
  14. Automatik dia akan keluar resit ataupun butiran transaksi yang telah Anda buat.
  15. Resit ni Anda boleh print antaupun Anda boleh screenshot ataupun Anda boleh Share sahaja resit ini kepada pihak yang Anda nak Share.
    Cara Semak Sejarah Transaksi Public Bank
  16. Simple sahaja cara untuk Anda membuat semakan dan juga cara untuk Anda dapatkan semula resit transaksi Public Bank.

Menyemak sejarah transaksi kini lebih mudah, kan? Jika Anda tidak mempunyai akses internet, Anda boleh pergi ke cawangan Public Bank yang berdekatan untuk cetak sejarah transaksi ataupun resit transaksi akaun Anda.