Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online ATM Kaunter

Melihat baki akaun bank adalah aktiviti perbankan rutin yang dijalankan oleh ramai pelanggan di pelbagai bank.

Sebelum kewujudan perkhidmatan perbankan internet, semua pelanggan terpaksa datang terus ke lokasi bank atau ATM untuk melakukan urus niaga perbankan.

Dengan perkembangan dunia teknologi kini, tentu akan memudahkan semua urusan yang ada. Seperti sekarang kita tidak perlu lagi pergi ke Bank Rakyat secara langsung atau ke ATM.

Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online
Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online

Manfaat Internet Banking Bank Rakyat

Hanya melalui telefon pintar kita boleh melakukan banyak jenis transaksi, seperti menyemak baki dan membuat pemindahan wang. Selain digunakan untuk urus niaga, ada beberapa kegunaan yang boleh Anda peroleh dari internet banking bank Rakyat. Berikut adalah senarai manfaat ada di perkhidmatan i-Rakyat:

  • Menyemak baki
  • Transfer duit ke bank rakyat & bank lain
  • Buat pembayaran bil, seperti elektrik, telefon dan kad kredit
  • Pembayaran e-commerce
  • dan masih banyak lagi

Cara Daftar i-Rakyat (Internet Banking)

Sebelum dapat menggunakan perkhidmatan i-Rakyat, Anda mesti mempunyai username dan password. Caranya iaitu dengan mendaftar terlebih dahulu. Syaratnya Anda mesti memiliki kad MyDebit Card-i/Credit Card bank Rakyat.

Berikut langkah-langkah cara daftar internet banking Bank Rakyat online:

  1. Buka laman web rasmi https://www2.irakyat.com.my
  2. Klik Register
  3. Sila pilih MyDebit Card-i/Credit CardCara Daftar Akaun Bank Rakyat Online
  4. Isi maklumat yang diminta oleh pihak bank Rakyat seperti, card type, nombor kad ATM, nombor telefon, T-PIN, state dan branch name. Klik NextCara Register Internet Banking Bank Rakyat
  5. Pastikan jika nombor telefon Anda sudah berdaftar sebelumnya di bank Rakyat. Sebab Anda akan menerima kod TAC melalui SMS
  6. Sila buat username dan password
  7. Tick terms & syarat, klik Next

Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online

Selepas proses pendaftaran perbankan selesai, Anda boleh melakukan transaksi kewangan melalui laman web i-Rakyat dan check balance bank Rakyat.

  1. Lawati laman web i-Rakyat (https://www2.irakyat.com.my)
  2. Log masuk menggunakan akaun yang telah didaftarkan.
  3. Pada halaman, sila klik menu Account Info untuk memeriksa baki akaun Anda.

Untuk rekod, Anda dinasihatkan untuk tidak berkongsi ID Pengguna dan kata laluan dengan sesiapa sahaja dan hanya mengakses perkhidmatan perbankan internet Bank Rakyat di laman web rasmi https://www2.irakyat.com.my.

Untuk memastikan perkara yang tidak diingini, sila ubah kata laluan Anda secara berkala. Di samping itu, elakkan log masuk melalui kemudahan rangkaian awam, seperti Wi-Fi awam.

Check Baki Bank Rakyat di ATM

Anda boleh menyemak baki Bank Rakyat Anda dengan mudah melalui ATM. Semakan baki akaun Bank Rakyat ini selalunya diperlukan apabila Anda mengesahkan sama ada dana pindahan telah masuk akaun atau tidak.

Selain itu, check baki juga perlu dilakukan supaya Anda boleh memastikan duit dalam akaun Anda ada atau takde.

  1. Kunjungi ATM Bank Rakyat terdekat.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN Bank Rakyat Anda.
  3. Pilih menu Pertanyaan Baki.
  4. Skrin ATM akan memaparkan jumlah baki dalam akaun Bank Rakyat Anda.
  5. Selepas itu, ikut arahan sehingga kad ATM Bank Rakyat Anda keluar dari mesin.

Check Baki Bank Rakyat di Kaunter

Sebelum pergi ke cawangan Bank Rakyat, pastikan Anda membawa kad pengenalan dan buku simpanan (buku bank).

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Setelah nombor giliran Anda dipanggil, sila beritahu staff bank kalau Anda ingin semak baki akaun Bank Rakyat Anda.
  4. Staff bank akan cetak penyata di buku simpanan Anda.

Sekiranya pelanggan menghadapi masalah yang mencurigakan atau memerlukan bantuan, Anda boleh menghubungi bank Rakyat di 1-300-80-5454 dan Antarabangsa +603-5526-9000