Semakan No Plat Terkini

Pemilik kenderaan mungkin tidak puas hanya dengan mengubah atau menambah aksesori ke interior dan luaran kereta. Sudah tentu pemilik mahu kereta kelihatan berbeza dari kereta di jalan raya.

Salah satu cara ialah memilih plat nombor kenderaan cantik. Selain menjadi pembezaan dengan kereta lain, plat nombor cantik juga berguna sebagai identiti kereta pemilik, kerana nombor dan huruf yang disenaraikan adalah simbol dari pemilik kereta.

Tetapi bagaimana untuk mengurusnya? Bagi Anda yang ingin menukar plat no kenderaan kereta/motosikal dengan plat nombor pilihan atau plat no terkini yang cantik, terdapat beberapa cara untuk melakukan ini, termasuk membayar kos plat nombor itu.

Pemerintah malaysia menyediakan sistem semakan plat no terkini secara online melalui JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Perkhidmatan semak nombor plat kereta motor JPJ yang disediakan adalah percuma, Anda boleh semak sebanyak-banyaknya.

Untuk makluman, senarai nombor plat kendaraan terkini untuk setiap kawasan dan negeri di Malaysia secara cepat mampu dipaparkan oleh sistem JPJ secara online tanpa perlu Anda pergi ke JPJ.

Semakan No Plat Terkini
Semakan No Plat Terkini

Cara Semak Nombor Plat Terkini

Untuk membuat semakan di laman web JPJ, Anda boleh menggunakan komputer/smartphone yang terhubung ke internet. Pilih yang mudah je dan hemat masa.

Perlu diketahui untuk mendapatkan nombro plat cantik, Anda mesti membayar dengan harga yang tinggi. Sebab orang lain pun ingin juga dapat nombor tu.

Langkah-langkah membuat semakan no plat kenderaan Malaysia:

  1. Buka laman Portal JPJ
  2. Sila pilih Kawasan/Negeri
  3. Isi kod sekuriti yang terpapar di skrin
  4. Tekan semak
  5. Maklumat no terkini mengikut tarikh dan masa akan terpapar secara detail

Contoh semakan no plat kenderaan.

Semak nombor plat

Senarai No Pendaftaran Kenderaan Terkini

Mengenai tatacara mendapatkan plat lesen yang indah, pemohon mesti terlebih dahulu menyediakan dokumen kenderaan dan dokumen lain jika diperlukan.

Sarawak

  • KUCHING – QAA6047W
  • MIRI – QM8047E
  • BINTULU – QTS1352
  • SIBU – QS1753K
  • SRI AMAN – QBD4982
  • LIMBANG – QLC1428
  • SARIKEI – QRL9034
  • KOTA SAMARAHAN – QCJ1754
  • KAPIT – QPB2679

Sabah

  • KOTA KINABALU – SYB4257 *
  • SANDAKAN – SMA3217
  • BEAUFORT – SB4302D
  • LAHAD DATU – SD9503N
  • KUDAT – SK2857B
  • KENINGAU – SU4851E
  • TAWAU – SW3069
  • LABUAN – LG2273

Semenanjung Malaysia

  • PERLIS – RAB 6948
  • KEDAH – KER 4326
  • LANGKAWI – KV1675E
  • PULAU PINANG – PNV 7149
  • PERAK – ALG 3297
  • SELANGOR – BPU 8621
  • KUALA LUMPUR – VCX 6690
  • PUTRAJAYA – FB 9750*
  • MELAKA – MDD 3151
  • NEGERI SEMBILAN – NDL 2216
  • JOHOR – JTH 3578
  • PAHANG – CEC 3842
  • TERENGGANU – TCA 9726
  • KELANTAN – DDL 5793

Note : Anda juga boleh membuat pembelian no plat kenderaan melalui sistem mySIKAP, tapi Anda mesti mendaftar dahulu sebelum melakukan urus niaga.

Setelah mengetahui maklumat semakan no plat terkini secara online, Anda dapat dengan mudah mencari nombor plat kenderaan yang diinginkan dan membuat perancangan untuk membeli no pendaftaran kereta baru/motosikal Anda.