Cara Semak Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera Online

Bagi Anda yang telah menerima suntikan vaksin, Anda boleh melihat sijil vaksinasi COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera.

Sijil ini boleh ditunjukkan semasa melancong, memasuki pusat membeli-belah atau menghadiri aktiviti yang memerlukan menunjukkan status vaksinasi Anda.

Untuk maklumat anda, sijil digital ni sangat-sangat penting. Pastikan sijil digital anda tak hilang dan kami nasihatkan Anda untuk anda buat 1 salinan hardcopy ataupun Anda screenshot dan print out je.

Langkah ini adalah bertujuan sekiranya apa-apa berlaku pada telefon anda, mana tahu telefon anda hilang ataupun baterai anda kehabisan baterai.

Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera

Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera

Ramai yang bertanyakan macam mana cara semak sijil digital vaksi MySejahtera ? Oke untuk artikel kali ini kami akan kongsi cara semak sijil digital vaksinasi covid 19 di aplikasi MySejahtera.

  1. Untuk yang pertama of course anda perlu buka aplikasi MySejahtera anda
    Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera Online
  2. Kemudian anda Close sahaja
    Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera Online App
  3. Dan di paparan utama ini anda perlu klik pada bahagian Profile
    Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera Online Application
  4. Lepas anda klik pada bahagian Profile, dia akan keluar macam sijil digital anda
    Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera Online Apps

 

Nama ataupun IC sijil salah? Baca cara tukar nama sijil MySejahtera kemaskini No IC online.

Cara Semak Sijil Digital Vaksinasi Tanggungan

Sekiranya Anda mempunyai tanggungan, berikut cara check sijil digital vaksinasi tanggungan di aplikasi MySejahtera.

  1. Buka aplikasi MySejahtera Anda
  2. Klik Profile
  3. Pada bahagian bawah lagi ni ada nama tanggungan anda. Bagi mereka yang mendaftar untuk tanggungan, pada bahagian sinilah nama tanggungan anda dan nama sijil anda akan dipaparkan. So, untuk tengok sijil digital tanggungan anda, anda boleh klik pada nama tanggungan anda
    Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera Internet App
  4. Contoh sijil digital tanggungan anda
    Cara Semak Sijil Digital Vaksin MySejahtera Internet Apps
  5. Selesai

Tak boleh login MySejahtera? Tak perlu risau, sila baca cara reset password MySejahtera bila Anda terlupa kata laluan.

Cara Mendapatkan Sijil Vaksinasi Digital Luar Negara

Bagi yang telah menerima dos lengkap di luar negara proses mendapatkan sijil vaksinasi digital boleh ikuti step yang kami kongsikan berikut ini.

  1. Sila hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengikut lokasi penempatan Anda
  2. Kemukakan bukti vaksinasi lengkap Anda dos 1 dan dos 2 atau dos tunggal kepada PKD
  3. PKD akan mengesahkan dan menghantar maklumat tersebut kepada MySejahtera melalui Jabatan Kesihatan Negeri untuk pengeluaran sijil vaksinasi digital di aplikasi MySejahtera Anda

Bukti vaksinasi lengkap adalah kad vaksinasi atau sijil yang dikeluarkan oleh negara tersebut.

Untuk makluman, sijil digital vaksinasi hanya diberikan selepas dos ke 2 vaksin COVID-19. Bagi yang mempunyai sebarang isu berkenaan sijil digital vaksinasi di MySejahtera, Anda boleh hubungi talian program imunisasi Covid 19 kebangsaan di 1800-888-828.

Soalan Lazim

1. Saya siap dos ke 2 pada 6.9 , dah genap 14 hari hari ni, tapi kenapa sijil vaksin saya warna putih ?

Cuba anda tekan icon refresh banyak-banyak kali ya, Aatau cuba anda uninstall dan install semula aplikasi MySejahtera anda ya

2. Macam mana nak dapatkan sijil vaksin untuk orang yang menukar nombor dia? akaun lama dah delete, lepas tu follow arahan helpdesk tapi still muncul di dekat akaun baru.

Anda kena daftarkan semula MySejahtera yang baru ya, emel pengesahan akaun sudah dipadamkan tu dah didapatkan

3. Bagaimana pulak dengan vaksin cansino ? mysejahtera belum update ke? saya sudah divaksinasi, vaksin cansino tapi kata MySejahtera saya tertulis “not vaccinated”

Biasanya bergantung kepada tempat yang anda vaksin ya, kalau dekat pusat vaksin utama dia cepat sikit.