Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam

Selalunya bila isi borang pinjaman, borang bantuan ataupun borang rasmi, nanti akan ada bahagian untuk no akaun dan borang-borang tersebut perlu dikepilkan bersama salinan pengesahan akaun bank.

Jadi untuk perkongsian kali ini, jom kami tunjukkan cara untuk anda dapatkan pengesahan akaun Bank Islam secara online.

Untuk Anda mendapatkan slip pengesahan akaun Bank Islam, ada dua cara sebenarnya yang mana kedua dua cara ni anda perlu menggunakan internet banking Bank Islam.
Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam

Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam

Bank statement atau slip pengesahan akaun adalah satu bentuk penyata yang disediakan untuk Anda menyemak jumlah duit dalam Bank Islam ataupun menyemak pengaliran duit tunai Anda.

Pengesahan akaun akan menjelaskan kepada Anda tentang jumlah duit debit dan kredit yang masuk dan keluar dari akaun Anda.

  1. So untuk permulaan anda perlulah ke website BankIslam.biz
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam via Online
  2. Kemudian dekat sini anda perlu login seperti biasa, sila masukkan Username bank islam.biz anda
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam via Online
  3. Kemudian anda klik Yes.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam via Website
  4. Dan dekat sini anda perlu masukkan pula password. Lepas tu anda klik Login.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam via Website
  5. Untuk cara yang pertama anda boleh mendapatkan skim pengesahan akaun melalui Account Summary.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam via Website
  6. Dekat paparan utama ni bila anda klik je pada bahagian Account Summary, dekat sini anda perlu masukkan nombor akaun Bank Islam anda
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam guna Online Website
  7. So bila anda klik pada nombor akaun bank islam anda, Anda akan dapatkan butiran maklumat akaun Bank Islam Anda. So untuk anda dapatkan slip pengesahan akaun bank islam Anda. Anda perlu klik pada bahagian Print.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam guna Online
  8. Dan inilah slip pengesahan yang anda boleh gunakan untuk anda lapirkan bagi urusan Anda.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam guna Website Online
  9. Slip pengesahan ni anda boleh print atau anda boleh anda Save kan dia sebagai PDF.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam guna Website
  10. Selesai.

Tiada akaun Bank Islam online banking? Tak perlu risau, sila baca cara daftar Bank Islam online.

Cara Dapatkan Penyata Bank Akaun Bank Islam

Anda juga boleh gunakan cara berikut untuk dapatkan pengesahan akaun Bank Islam Anda.

  1. Untuk cara yang kedua pula iaitu melalui penyata akaun. Bagi yang ingin mendapatkan penyata akaun, anda perlu klik dekat bahagian My Accounts.
  2. Lepas tu anda perlu klik pada bahagian E-Statement.
  3. Untuk penyata account ni bagi yang belum daftar e-statement anda perlulah membuat pendaftaran terlebih dahulu. Dan kepada yang dah daftar, seperti biasa anda klik pada butang Download.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam guna Website
  4. Lepas tu anda perlu pilih akaun Bank Islam anda. Dan anda klik pada butang Submit.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam gunakan Online Website
  5. Dan dekat sini pula di akan paparkan semua list penyata akaun untuk 6 bulan terkini, dan anda boleh klik dekat mana-mana penyata yang anda nak.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam gunakan Online
  6. Bila anda klik je kepada link tersebut, secara automatik penyata tersebut akan di download kan di telefon ataupun di laptop anda.
  7. Dan anda boleh menggunakan maklumat yang dipaparkan pada surat pertama pada akaun penyata anda sebagai pengesahan akaun Bank Islam anda.
    Cara Dapatkan Slip Pengesahan Akaun Bank Islam gunakan Website Online

Simple sahaja kan untuk anda mendapatkan slip pengesahan slip melalui bank islam.biz. So kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ni dapat membantu anda.