Cara Topup Touch N Go 7 Eleven Guna Reload PIN

Touch N Go adalah salah satu sistem pembayaran elektronik yang sangat popular di Malaysia. Ia digunakan untuk membayar tol, parking, makanan, dan pelbagai jenis pembayaran lain.

Bagi Anda yang sering menggunakan Touch N Go, pasti akan mengalami situasi di mana baki Touch N Go Anda sudah habis dan memerlukan topup segera. Namun, di mana Anda sepatutnya topup Touch N Go Anda?

Salah satu tempat terbaik untuk topup Touch N Go adalah di kedai 7 Eleven. Kedai 7-Eleven ada di mana-mana dan 7Eleven ni adalah salah satu kedai serba ada yang paling popular di Malaysia.

Jadi, Anda tidak perlu risau tentang lokasi untuk topup Touch N Go Anda.

Cara Topup Touch N Go 7 Eleven
Cara Topup Touch N Go 7 Eleven

Cara Top Up Touch N Go 7 Eleven

Topup Touch N Go menjadi semakin mudah dengan adanya kaedah topup menggunakan reload PIN yang boleh dibeli di kedai-kedai runcit seperti 7 Eleven.

Topup menggunakan reload PIN Touch N Go ini sangat popular di kalangan pengguna Touch N Go kerana ia sangat mudah dan cepat.

Di bawah ini, kami tunjukkan kepada Anda cara yang mudah untuk topup Touch N Go di 7 Eleven menggunakan reload PIN.

Langkah-langkah untuk topup Touch N Go di 7 Eleven guna reload PIN adalah seperti berikut:

  1. Pertama sekali, Anda perlu pergi ke kedai 7 Eleven terdekat.
  2. Lepas tu, Anda perlu meminta kakitangan atau pegawai 7 Eleven untuk beli reload PIN Touch N Go. Topup Touch N Go 7 Eleven
  3. Anda perlu memasukkan reload PIN Touch N Go ke dalam aplikasi Touch N Go. Untuk melakukan ini, buka aplikasi Touch N Go dan pilih Reload Balance. Reload Touch N Go 7 Eleven
  4. Kemudian, pilih TNG Reload PIN dan masukkan kod PIN yang terdapat di resit tu. Tekan Submit.Top up Touch N Go 7 Eleven
  5. Lepas tu, Anda hanya perlu menunggu 1 detik untuk mendapat pengesahan bahawa topup telah berjaya dilakukan. Sekarang Anda boleh menggunakan Touch N Go seperti biasa.

7 Eleven adalah kedai yang buka 24 jam sehari. Ia bermakna Anda boleh membuat topup Touch N Go pada bila-bila masa, sama ada di waktu pagi, tengahari, petang atau malam.

Kalau Anda nak topup TNG online ataupun dapatkan kredit TNG secara percuma, Anda boleh baca artikel cara dapatkan topup Touch N Go online percuma.

Jadi, sekiranya Anda memerlukan topup Touch N Go dengan segera pada waktu malam, Anda masih boleh ke 7 Eleven untuk membuat topup tersebut.