Cara Transfer Duit Dari Maybank ke Bank Lain Online

Cara transfer Maybank ke bank lain boleh dilakukan dengan mudah. Tetapi pertama sekali Anda perlu membuat akaun Maybank dahulu.

Transfer dari Maybank ke bank lain boleh di buat melalui ATM atau perbankan internet. Ketika membuat pindahan antara bank, Anda akan dikenakan caj/kos transfer.

Pada artikel kali ini kami akan share cara untuk membuat pemindahan wang ataupun transfer duit daripada Maybank ke bank lain menggunakan mesin ATM Maybank, MAE dan Maybank2u.

Cara Transfer Duit Dari Maybank ke Bank Lain via ATM
Cara Transfer Duit Dari Maybank ke Bank Lain

Cara Transfer Duit Dari Maybank ke Bank Lain Guna ATM

Oke sebenarnya cara-cara ni mungkin dah ada yang tahu dan mungkin kebanyakan anda menggunakan maybank2u untuk membuat pindahan wang tapi kami percaya masih ada yang belum tahu bagaimana cara transfer duit, dan masih belum mempunyai akaun maybank2u.

Jadi kepada anda yang tak tahu dan tak mempunyai akaun maybank2u, anda boleh follow step artikel ini dan semoga artikel ini dapat membantu anda.

  1. Oke untuk langkah yang pertama, of course anda perlu kemana-mana mesin atm maybank
    Cara Transfer Duit Dari Maybank ke Bank Lain via Mesin ATM
  2. Dan anda perlu masukkan kad atm anda dibahagian yang disediakan
  3. Kemudian anda pilih menu Bahasa
  4. Lepas tu anda masukkan Nombor PIN kad atm anda
  5. Dan dibahagian menu utama, anda pilih Lain-lain Urusniaga
  6. Seterusnya anda pilih menu Pindahan
  7. Kemudian anda pilih Akaun Pihak Ketiga, sekiranya anda nak membuat transfer daripada akaun maybank ke akaun maybank yang lain
  8. Tapi sekiranya anda nak membuat pemindahan wang ke akaun cimb ataupun bank islam ataupun bsn, anda perlu pilih menu Pindahan Interbank Segera
  9. So nanti dia akan keluar maklumat yang dipaparkan, baca dan sila paham. Lepas dah siap baca, anda pilih YA
  10. Lepas tu anda pilih Pindahan Antara Bank MEPS
  11. Seterusnya anda klik YA jika anda setuju
  12. Di skrin ATM akan keluar kod-kod bank, sila pilih Kod Bank Penerima
  13. Contohnya anda nak masukkan ke akaun CIMB, jadi anda perlu masukkan kod 008, lepas tu anda pilih ya Cara Transfer Dari Maybank ke Bank Lain di ATMOke, next anda masukkan pula Nombor Akaun Penerima, dan tekan ya sekiranya nombor yang anda masukkan tu dah betul
  14. Lepas tu anda perlu masukkan pula jumlah wang yang anda nak transfer, next anda tekan YA
  15. Sekiranya anda dah pasti jumlah tersebut adalah jumlah yang anda nak transfer
  16. Nanti dia akan keluar paparan pengesahan, sila anda semak sekali semua butiran yang dipaparkan, pastikan semuanya betul dan tepat
  17. Dan jika semuanya dah okey, anda tekan YA
  18. Sila ambi resit dan kad atm anda
  19. Sekiranya anda nak membuat transaksi yang lain anda boleh tekan YA, tapi sekiranya kalo anda tak nak transaksi yang lain anda boleh tekan TIDAK
  20. So, anda dah pun berjaya membuat pemindahan wang menggunakan mesin ATM.

Sekiranya Anda ingin menggunakan perkhidmatan online banking, kami nasihatkan Anda untuk daftar Maybank2u.

Cara Transfer Maybank ke Bank Lain Online

Berikut kami kongsikan beberapa langkah cara transfer duit dari Maybank ke bank lain secara online.

Cara Transfer Duit Melalui web Maybank2u

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Klik ke Pay & Transfer > Transfer
  3. Pada bahagian Transfer To, pilih Other Accounts > Nombor akaun
  4. Cari nama bank, isikan butiran pindahan dan pilih DuitNow Transfer dan klik Transfer
  5. Masukkan nombor TAC atau sahkan transaksi Anda dengan Secure2u.
  6. Selesai

Cara Transfer Melalui Maybank2u Classic / Maybank2u Biz Web

  1. Log masuk dan pergi Accounts & Banking > Transfers > New Interbank Fund Transfer
  2. Pilih bank penerima dan isikan butiran
  3. Pilih DuitNow Transfer sebagai cara pemindahan
  4. Masukkan nombor TAC atau sahkan transaksi Anda dengan Secure2u.

Cara Transfer Duit Guna MAE by Maybank2u

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Klik Transfer
  3. Klik Others > pilih Instant
  4. Pilih bank penerima dan isikan butiran pemindahan
  5. Pilih DuitNow Transfer
  6. Sahkan transaksi Anda.

Cara Transfer Duit Guna Aplikasi Maybank2u

  1. Log masuk Maybank2u
  2. Klik Transfer
  3. Pilih Bank dan isikan butiran pemindahan
  4. Pilih DuitNow Transfer, klik Proceed
  5. Sahkan transaksi Anda dengan Secure2u.

Daily Transfer Limit

Had maksimum untuk DuitNow Transfer (ke akaun), Interbank GIRO (IBG) dan DuitNow ialah RM50,000 sehari.

Sekiranya Anda telah menetapkan had harian Anda kepada jumlah maksimum, berikut ialah beberapa contoh:

  • Jika Anda telah membuat transaksi DuitNow Transfer (ke akaun) sebanyak RM10,000, Anda hanya boleh memindahkan sehingga RM40,000 melalui IBG dan DuitNow pada hari yang sama.
  • Jika Anda telah membuat transaksi IBG sebanyak RM20,000 dan transaksi DuitNow sebanyak RM20,000, Anda hanya boleh memindahkan sehingga RM10,000 melalui DuitNow Transfer (ke akaun) pada hari yang sama.
  • Jika Anda telah membuat transaksi DuitNow Transfer (ke akaun) sebanyak RM50,000, Anda tidak akan dapat membuat sebarang pemindahan dana lagi melalui IBG dan DuitNow pada hari yang sama.

Limit transfer boleh ditukar melalui laman web Maybank2u. Sila log masuk ke akaun Anda dan pergi ke Settings > Pay & Transfer > Transfer Limit untuk menyemak had Anda. Atau sila baca cara tukar limit Maybank2u.

Soalan Lazim

1. Boleh tanya hari tu saya buat transfer dari RHB ke Maybank guna atm Maybank, transfer RM1000 tapi penerima cuma dapat RM920 apa hal banyak sangat kena potong?

Yang tu kami tak pasti pula, sepatutnya penerima akan terima RM1000 dan anda hanya dikenakan caj sebanyak RM1000 sahaja, saya rasa elok anda call ataupun nak lagi cepat anda ke kaunter maybank ya.

2. Kalau kita nak bank in ke Bank Islam macam mana pulak? Sebab kod Bank Islam tak de dekat situ.

Kalau tak ada kod Bank Islam maksudnya anda kena guna atm Bank Islam sendiri ye.

3. Kalau transfer guna Duitnow boleh ke?

Boleh, rasanya kena masukkan nombor akaun ya, kalau yang lain kami tak pasti.