Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank Online

Aktiviti transfer duit guna PBe atau online banking Public Bank adalah satu kemudahan yang ditawarkan oleh Public Bank kepada setiap pelanggan.

Dengan menggunakan PBe, pelanggan Public Bank boleh melakukan pelbagai jenis transaksi kewangan, termasuklah aktiviti transfer duit.

Selain daripada transfer duit, PBe juga membolehkan pelanggan Public Bank untuk melakukan pelbagai jenis transaksi lain, termasuklah:

  1. Semak baki akaun dan transaksi terkini.
  2. Bayar bil utiliti seperti bil elektrik, air dan telefon.
  3. Membeli topup telefon mudah alih.
  4. Melakukan pemindahan wang antara akaun Public Bank yang berbeza.
  5. Menambah atau mengurangkan limit kad kredit.
  6. Dan banyak lagi.

Pelanggan Public Bank boleh mengakses PBe dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa untuk menjalankan pelbagai jenis transaksi kewangan.

Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank

Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank

Anda mesti dah biasa kan guna servis online banking untuk urusan bayar bil atau hantar duit kat kawan.

Kalau Anda ada akaun Public Bank dan nak transfer duit ke akaun Public Bank lain, jangan risau sebab kami akan tunjukkan langkah-langkahnya.

  1. Untuk permulaan seperti biasa Anda perlu ke website Public Bank https://www.pbebank.com
  2. Dekat paparan utama website ni Anda perlu klik pada Icon Kunci, lalu Anda perlu pada PBe.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank via Website
  3. Dekat sini Anda masukkan User ID Public bank Anda. Kemudian Anda klik Next.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank via Website Portal
  4. Sila pastikan Fasa Keselamatan adalah betul. Kalau dah betul Anda klik Yes.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank via Portal Website
  5. Dan Anda perlu masukkan pula Kata Laluan, bila dah siap, Anda klik Login.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank via Portal Online
  6. So Anda dah pun berjaya Login Public Bank Anda. Dekat paparan utama Public Bank Anda, untuk membuat pemindahan wang Anda perlu klik pada bahagian Funds Transfer.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank via Website Online
  7. Lepas tu untuk Anda transfer ke Public Bank orang lain, Anda perlu guna PB Account.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank via Online Portal
  8. Dan seterusnya Anda perlu klik pada To Other Acccount.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank via Internet Portal
  9. Kemudian Anda perlu masukkan maklumat Public Bank orang lain.
  10. Untuk bahagian Form Account ni Anda klik pada nombor akaun Public Bank Anda.
  11. Lepas tu pada bahagian Beneficiary Account, yang ni Anda perlu masukkan nombor akaun penerima, maksudnya nombor akaun orang yang Anda nak transfer.
  12. Bila Anda dah siap, Anda perlu masukkan rujukan, untuk bahagian rujukan ni Anda bebas untuk taip apa apa sahaja, contohnya kalo Anda beli baju, Anda perlu taip baju ataupun Anda boleh taip size baju.
  13. Next Anda perlu masukkan pula jumlah Transfer.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank guna Internet Portal
  14. Untuk bahagian optional field ni kalo Anda nak buat Anda boleh buat, macam kami nak abaikan je, lalu Anda klik Next.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank guna Online Portal
  15. Lepas tu, Anda perlu semak butiran maklumat yang dipaparkan, pasti semuanya betul.
  16. Sekiranya maklumat yang dipaparkan betul, Anda perlu klik Request PAC Now.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank guna Portal Online
  17. Nombor PAC ni seperti biasa dia akan dihantar melalui SMS Anda.
  18. Masukkan Nombor PAC yang Anda terima melalui SMS tersebut dan akhir sekali Anda klik Confirm.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank guna Portal Website
  19. Maksudnya transaksi Anda dah pun diterima.
  20. Dan bila Anda klik Resit, dekat resit ni dia tertulis Successfull, maksudnya dekat sini pemindahan wang dekat akaun penerima telah pun berjaya dibuat.
  21. So status transaksi yang di paparkan adalah Has Been Accepted.
    Cara Transfer Duit Public Bank ke Public Bank using Internet Portal
  22. Anda dah pun berjaya membuat pindahan wang ke akaun Public Bank.

Jadi, kalau Anda nak transfer duit online Public Bank ke Public Bank lain, ikut je langkah-langkah yang kami dah tunjukkan tadi.

Kalau Anda nak transfer duit ke bank lain, macam Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan bank-bank lainnya, Anda boleh gunakan cara transfer Public Bank ke bank lain DuitNow.

Jangan lupa bayar bil dan hutang on time ye. So setakat itu sahaja lah perkongsian kami kali ini, semoga artikel ni dapat membantu Anda.