Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank

DuitNow ialah penyelesaian untuk memenuhi keperluan ramai pelanggan untuk perkhidmatan pemindahan dana yang lebih selamat, real time, dan tersedia pada bila-bila masa.

Perkhidmatan DuitNow adalah 24 jam dan wang boleh diterima secara real-time oleh pelanggan dan bank.

Sekiranya Anda adalah pengguna Bank Islam dan ingin menggunakan perkhidmatan DuitNow untuk transfer duit ke Maybank, sila ikuti cara transfer duit guna DuitNow Bank Islam ke Maybank di bawah ini.

Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank

Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank

Tutorial kali ini kami akan tunjukan cara transfer guna duitnow bank islam:

  1. Langkah pertama anda buka laman website https://www.bankislam.biz
  2. Masukkan User ID. Kemudian klik Login.
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank
  3. Sahkan Pengesahan Image anda. Lepas tu anda masukkan Kata Laluan. Seterusnya anda klik Login.
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank via Online Website
  4. Klik pada fungsian DuitNow.
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank via Online Website
  5. Pilih Akaun anda. Pada Transfer To, lalu pilih nombor akaun anda. Jenis Transfer, pilih Fund Transfer.
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank via Online Website
  6. Masukkan jumlah yang ingin di transfer.
  7. Pada jenis penerima pilih Open Recipient.
  8. Lepas tu anda pilih bank penerima.
  9. Masukkan Nombor Akaun Penerima.
  10. Masukkan rujukan Penerima.
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank via Online Website
  11. Kemudian terus klik pada petak Kecil dan klik Transfer.
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank via Online Website
  12. Sila buat pengesahan DuitNow, lepas tu Scroll Down. Lalu Request I-Access Code.
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank via Online Website
  13. IAC akan dihantar ke Nombor Telefon yang berdaftar
  14. Masukkan 6 Digit Nombor IAC
  15. Akhir sekali anda klik Confirm
    Cara Transfer Guna DuitNow Bank Islam Ke Maybank via Online Website
  16. Pindahan wang telah berjaya

Cara login Bank Islam online diatas boleh menggunakan browser di laptop atau HP.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah soalan mengenai DuitNow.

1. Ada ralat We are unable to process your request, please email to contactcenter@bankislam.com.my apa perlu buat?

Anda perlu semak dengan pemilik akaun samada akaun tersebut aktif atau tidak dan nombor akaun yang diberikan adalah tepat atau tidak.

2. Saya baru perasan kalau nak instant transfer kena DuitNow. Saya transfer guna IBG tapi tak masuk pulak duit ke akaun maybank. Kenapa ya?

Berikut adalah jadual transaksi untuk pemindahan wang IBG Fund Transfer.

  • Isnin – Jumaat sebelum 5.00 am: Wang akan dikreditkan ke bank tersebut pada hari yang sama selewat-lewatnya pada pukul 11.00 pm.
  • Isnin – Jumaat selepas pukul 5.00 pm: Wang akan dikreditkan pada keesokkan hari selewat-lewatnya pada pukul 11.00 pm.
  • Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: Wang akan dikreditkan pada hari bekerja.

3. Nak tau kenape nak transfer guna DuitNow ke no acc tak boleh ke yang nak transfer tu kena ada register duitnow baru boleh?

Pemindahan DuitNow juga boleh melalui nombor akaun.

4. Kenapa takde select bank untuk transfer third party account?

Untuk pemindahan segera ke bank lain, sila pilih DuitNow.

5. DuitNow tu bila ada pilihan tranfer to tu dia ada pilihan no IC no acc , kalau pilih no acc tuh no acc kita atau no acc yang kita nak transfer kan?

Masukkan nombor IC penerima atau no akaun penerima.