Cara Tukar Nombor Telefon Bank BSN Secara Online

myBSN internet banking merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan setiap pelanggan membuat transaksi perbankan secara online dan pada bila-bila masa.

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan myBSN internet banking, pelanggan mesti mendaftar dahulu. Jika Anda belum mempunyai akaun myBSN internet banking sila baca panduan cara daftar BSN online.

Sekarang ini, ramai korang yang tertanya-tanya, macam mana cara kemaskini no telefon BSN untuk keperluan myBSN internet banking? Sekiranya Anda ingin tukar nombor telefon BSN lama dengan yang baru, sebab nombor telefon bimbit lama tidak aktif. Anda boleh ikuti panduan di bawah ini.

Cara Tukar Nombor Telefon Bank BSN Secara Online

Cara Tukar Nombor Telefon Bank BSN Secara Online

Betulkah kita boleh tukar no telefon BSN secara online? Dahulu pelanggan boleh tukar nombor telefon BSN di mesin ATM. Namun, sekarang pelanggan tak boleh menukar no telefon BSN di ATM. BSN telah kongsikan maklumat ini di portal resmi BSN pada 1 Mac 2018.

Jadi macam mana nak tukar nombor telefon Bank BSN? Bagi pelanggan yang ingin kemaskini no telefeon BSN, boleh lawati mana-mana cawangan BSN terdekat. Sebelum itu, sila membawa senarai syarat di bawah ini untuk proses pengesahan.

  • Kad ATM Debit/Credit BSN
  • Buku Bank (optional)
  • MyKad Anda.
  • Nombor telefon baru Anda yang aktif.
  • Wang jika diperlukan.

Kemaskini No Telefon BSN di Cawangan

Setelah Anda sediakan senarai syarat diatas, selepas itu sila ikuti langkah di bawah:

  1. Sila pergi ke mana-mana cawangan Bank BSN terdekat.
  2. Cakap kepada pegawai bank bahawa Anda ingin kemaskini nombor BSN.
  3. Pegawai bank akan berikan borang yang mesti Anda isikan.
  4. Proses kemaskini nombor telefon BSN berjaya.
  5. Sila cuba membuat transaksi di portal myBSN untuk pastikan nombor telefon Anda dapat menerima kod TAC.

Jika Anda telah kemaskini nombor BSN tapi masih mengalami masalah, Anda boleh hubungi pusat khidmat pelanggan BSN di 1300881900. Pegawai bank akan senang membantu menyelesaikan masalah Anda.

Itulah langkah-langkah cara tukar nombor telefon bank BSN yang dapat Anda lakukan, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *