Cara Tukar Nombor Telefon di Shopee App Kemaskini

Apakah Anda sering berbelanja di Shopee? Jika ya, maka pastikan nomor telefon Anda terdaftar dengan benar di aplikasi Shopee agar selalu dapat menerima notifikasi terbaru tentang pesanan dan promosi yang sedang berlangsung.

Dalam panduan ini, kami akan berkongsi cara tukar nombor telefon di aplikasi Shopee dengan mudah dan cepat.

Jadi, jika Anda ingin memperbaharui nomor telefon Anda di Shopee, mari simak langkah-langkahnya dibawah ini.

Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee

Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee

Sebelum membuat penukaran no telefon Shopee, pastikan sambungan internet Anda bagus dan no telefon baru Anda dah aktif ye. Dan maklumat ni perlu Anda ketahui:

No fon digunakan untuk mengesahkan Akaun Shopee pengguna, terutama ketika menangani masalah keselamatan atau pembayaran akaun pengguna di Shopee.

Pihak Shopee menganjurkan pengguna untuk mengemas kini nombor telefon di akaun Shopee untuk memastikan pengguna dapat menerima kod pengesahan ataupun kod OTP setiap kali diperlukan oleh syarat keselamatan sistem Shopee.

Untuk tukar atau kemas kini nombor telefon Anda, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi Shopee, pada laman utama ini, tekan pada Me yang terletak di penjuru kanan bawah.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via App
  2. Kemudian, tekan pada butang Settings.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via App
  3. Seterusnya, tekan pada Account & Security.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via App
  4. Pada bahagian ini, untuk tukar Nombor Telefon, tekan pada Phone.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via App
  5. Dan isikan saja Nombor Telefon baru itu pada ruangan yang disediakan.
  6. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via App
  7. Anda diberi pilihan untuk menerima Kod Verifikasi ini sama ada melalui WhatsApp, panggilan atau SMS.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via Apps Online
  8. Pilih saja mana-mana daripada pilihan yang diberikan.
  9. Kemudian, isikan Nombor Kod Verifikasi yang diterima pada ruangan ini.
  10. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via Apps Online
  11. Akhir sekali, nombor telefon baru Anda telah berjaya disimpan.
    Cara Tukar Nombor Telefon di Aplikasi Shopee via Apps Online

Ingat, pastikan nombor telefon baru Anda telah diaktifkan sebelum tukar nombor dalam aplikasi Shopee.

Sekarang, Anda dah boleh gunakan aplikasi Shopee dengan nombor telefon yang baharu tanpa sebarang masalah.

Jangan lupa untuk periksa semula maklumat Anda dalam akaun untuk memastikan segala butiran adalah betul dan tepat.

Gagal Kemaskini No Telefon

Anda alami masalah gagal kemaskini no telefon Anda dalam akaun Shopee? Kalau ya, jangan risau sebab Anda bukan sorang-sorang yang mengalami masalah ni.

Masalah ni memang sering berlaku dan boleh jadi sangat menjengkelkan. Bagi yang mengalami masalah ni, Anda kena pastikan dulu korang masukkan no telefon dengan betul dan dalam format yang betul.

Sebab lainnya:

  • No telefon baru telah didaftarkan di akaun lain (Anda boleh mencuba log masuk menggunakan no telefon Anda untuk mengambil akaun).
  • Kata laluan yang dimasukkan atau terlupa kata laluan yang salah.
  • Tarikh luput kad kredit yang salah dimasukkan.
  • No akaun bank penuh yang salah dimasukkan.
  • Tidak ada kad kredit atau akaun bank yang sah yang didaftarkan dengan akaun Shopee Anda.
  • No telefon yang tidak betul digunakan sila gunakan no telefon negara Malaysia.

Anda boleh mencuba menukar nombor telefon sekali lagi selepas 24 jam ye. Anda juga boleh menghubungi pihak Shopee melalui perkhidmatan sokongan pelanggan mereka.

Lepas log masuk, jom cuba beli voucher free shipping Shopee savings pass untuk jimatkan penghantaran.

Soalan Lazim

Beberapa soalan yang sering ditanya kepada kami tentang cara menukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee.

1. Mengapa perlu tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee?

Anda perlu tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee jika Anda telah menukar nombor telefon utama Anda atau jika nombor telefon yang terdahulu tidak lagi digunakan.

2. Adakah kos tambahan yang dikenakan untuk tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee?

Tidak, kos tambahan tidak dikenakan untuk tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee.

3. Adakah perlu pengesahan semula selepas tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee?

Ya, Anda perlu menjalankan proses pengesahan semula selepas tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee.

4. Bagaimana untuk menjalankan proses pengesahan semula selepas tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee?

Anda boleh tengok artikel diatas.

5. Berapa lama masa yang diambil untuk pengesahan semula nombor telefon dalam aplikasi Shopee?

Biasanya, proses pengesahan semula nombor telefon dalam aplikasi Shopee hanya mengambil beberapa minit sahaja.

6. Adakah saya perlu memberi maklumat peribadi yang lain semasa tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee?

Tidak, Anda hanya perlu memberi maklumat nombor telefon baru Anda semasa tukar nombor telefon dalam aplikasi Shopee.