Cara Dapatkan Semula User ID Password Bank Islam

Cara mengetahui User ID Bank Islam boleh dilakukan dengan mudah jika Anda terlupa User ID di aplikasi GO by Bank Islam / website Bank Islam online banking. User ID ialah identiti yang dimiliki oleh setiap pelanggan untuk dapat mengakses ciri perbankan mobile banking dan perbankan internet.

App GO by Bank Islam dan internet banking adalah ciri yang ditawarkan oleh Bank Islam untuk memudahkan setiap pelanggannya menjalankan transaksi kewangan. Untuk dapat mengakses kedua-dua ciri ini, pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan User ID dan Password.

Selepas itu, User ID dan password boleh digunakan oleh pelanggan untuk mengakses perkhidmatan perbankan GO by Bank Islam dan internet banking Bank Islam. Macam mana jika saya terlupa User ID dan password Bank Islam online banking? Tak perlu risau, sila ikuti langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah ini untuk dapatkan semula akses akaun Anda.

Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam

Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam

Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan cara dapatkan semula user id bank islam. Jom kita semak tutorial ini.

  1. Langkah pertama anda layari laman sesawang Bank Islam Online.
  2. Lepas tu anda klik Bank Islam IB.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  3. Klik Forgot Password/User ID.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  4. Masukkan Nombor Debit Card anda. Masukkan Nombor Pin 6 Digit, lepas tu anda klik Continue.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  5. Lalu anda klik pada butang Request I-Access Code. Masukkan Nombor IAC 6 Digit, kemudian klik Continue.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  6. User ID anda dipaparkan disini, jika anda masih ingat Password, anda boleh terus login ke portal utama, jika sebaliknya klik Reset Password.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  7. Seterusnya anda cipta New Password, sahkan Password yang dibuat, lepas tu Klik Submit dan klik Confirm.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  8. Anda telah berjaya menukar kata laluan online banking anda. Lepas tu anda klik Login.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  9. Masukkan User ID, lalu klik Login.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  10. Sahkan Private Image dan Word, bila betul anda klik Yes.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  11. Masukkan Password yang baru dicipita, lepas tu anda klik Login. Sila baca artikel cara login Bank Islam online agar Anda boleh log masuk semula dengan selamat.
    Cara Dapatkan Semula User ID Bank Islam
  12. Selesai.

Itu sahaja penjelasan lengkap tentang cara dapatkan semula User ID Bank Islam untuk perkhidmatan perbankan mudah alih dan perbankan internet. Jika masih ada soalan yang belum dijawab, Anda boleh menghubungi perkhidmatan bantuan Bank Islam.